in ,

Cadang Guna Khidmat Barber ‘On Call’, Komen Wak Doyok Isu Kedai Gunting Rambut

Memasuki fasa ke-3 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, isu melibatkan servis kedai gunting rambut yang dibenarkan beroperasi sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Bagaimanapun, pelakon dan selebriti media sosial, Wak Doyok berpendapat kerajaan harus mengkaji semula arahan tersebut kerana banyak perkara yang tidak diingini mungkin boleh berlaku.

“Saya sarankan kerajaan jangan bagi lah bukak kedai barber.

“Ini boleh membawa jangkitan covid yang tak terkawal dan orang ramai pon nanti mengambil peluang hendak keluar potong rambut dekat usa dah ada barber yang mati kena covid,”

– Wak Doyok
View this post on Instagram

Saya sarankan kerajaan jangan bagi lah bukak kedai barber. Ini boleh membawa jangkitan covid yang tak terkawal dan orang ramai pon nanti mengambil peluang hendak keluar potong rambut dekat usa dah ada barber yang mati kena covid. Bagi saya baik on call barber je ke rumah. Atau pon tak payah gunting rambut buat sementara waktu ini biar nampak brutel nak mati ke nak smart. Itu pilihan anda. 👌🏻 #StayAtHome #TakPanaske #AkuYangPakaikoYangPanas #KodahKenapa #WdCigar #MegWak #WakDoyok #LegasiWakDoyok #WDLifeStyle #WakDoyokFC #BeardedGentlemen #Sedagher #MensWear #Fashion #MensFashionReview #StreetFashion #Dapper #Ootd #Style #MensFashionPost #TheMenClub #MenWithClass #Details #Sartorialist #Pittiuomo #Class #British #Usa

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on

Sementara itu, Wak juga ada memberi cadangan supaya orang ramai menggunakan khidmat tukang gunting rambut secara ‘on call’.

“Bagi saya baik on call barber je ke rumah.

“Atau pon tak payah gunting rambut buat sementara waktu ini biar nampak brutel nak mati ke nak smart.

“Itu pilihan anda,”

– Wak Doyok

Pendapat tersebut dikongsikan oleh Wak memerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pelakon Abang Long Fadil 2 itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Warga Myanmar Berpesta Songkran Cetus Kemarahan Rakyat Malaysia

iPhone 12 Dilaporkan Akan Dilengkapi Takuk Lebih Kecil Dan Sisi Rata