in , ,

Sertai Peraduan Tangkap Duit Suria & Menangi Sebahagian RM330,000! 

Rebut peluang menangi sebahagian RM 30,000 menerusi peraduan Tangkap Duit Suria di Suria FM bermula 11 September 2023 sehingga 29 September 2023 dengan hanya menanti isyarat ‘Tangkap Duit Suria!’ di segmen Morning-Morning Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang, Suria Cinta bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.

Caranya mudah sahaja, selepas mendengarkan isyarat memanggil, hantarkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat emel dan hashtag #TangkapDuitSuria ke talian Whatsapp Suria 017-8961053. 

Penghantar Whatsapp ke-5 akan dihubungi oleh penyampai Suria dan anda harus menyebut ‘Tangkap Duit Suria’ bagi memenangi wang tunai sebanyak RM 250! Sekiranya anda gagal menyebut perkataan tersebut, wang akan digandakan ke segmen seterusnya. 

Sertai Peraduan Tangkap Duit Suria & Menangi Sebahagian RM330,000!

Bukan itu sahaja, pemenang juga berpeluang untuk memenangi sejumlah wang tambahan di waktu bonus dengan hanya menyebut kata laluan yang dikongsikan di Instagram Suria FM bagi melayakkan diri ke pusingan ini! 

Penyampai Suria FM akan merebut bola yang tertera nilai di dalam kotak duit sebagai wakil peserta dan peserta perlu sebut “berhenti” dalam masa 10 saat. Menerusi pusingan ini, anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti gitar eksklusif atau wang bonus berdasarkan jumlah wang yang dikumpul oleh penyampai! 

Sertai Peraduan Tangkap Duit Suria & Menangi Sebahagian RM330,000!

Lebih menarik, wang tunai sebanyak RM10,000 turut menanti anda di Karnival Mega Suria menerusi peraduan ‘Tangkap Duit Suria’ ini caranya dengan membeli barangan eksklusif Suria minima pembelian sebanyak RM150 di booth Kedai Suria sepanjang acara berlangsung.

Sertai Peraduan Tangkap Duit Suria & Menangi Sebahagian RM330,000!

Jom meriahkan Karnival Mega Suria pada 16 September 2023 (Sabtu) dan 17 September 2023 (Ahad) bertempat di Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya, Selangor. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LUO ZHENG

Luo Zheng Tampil Segak Berbaju Melayu Semasa Lawatan di Kuala Lumpur

Mimi Tumpang Bangga, Syafiq Kyle Balas ‘Mini Love’ Menarik Perhatian