in

Miley Cyrus Beli Rumah RM17.9 Juta

Penyanyi Miley Cyrus dilaporkan telah membeli sebuah rumah baru yang dilengkapi ladang anggur dan kawasan menunggang kuda bernilai RM17.9 juta.

Menurut laporan TMZ, rumah itu terletak di dalam kawasan tanah seluas lima ekar serta mempunyai hampir 500 pokok buah anggur di ladang tersebut iaitu di Hidden Hills.

Miley Cyrus The Movement di MTV

Miley dikatakan memilih kediaman di kawasan berpagar bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya.

Terdahulu, rumah kediaman keluarganya di Toluca Lake sebelum ini telah dibuka untuk dijual pada awal Januari lalu.

Rumah lama tersebut dibeli kedua ibu-bapanya Ray Cyrus dan Leticia Cyrus pada tahun 2007.

Miley

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zamani & Pasangan Didenda RM5,500 Ambil Dadah

TV2 Siar Rakaman Legenda Dato’ Dr Ahmad Nawab