in

Maxis Menang 20 Anugerah Tahunan CCAM Ke-13

MAXIS MEMPERTINGKATKAN TAHAP PERKHIDMATAN PELANGGAN DENGAN MEMENANGI 20 ANUGERAH DI ANUGERAH TAHUNAN CCAM YANG KE-13

• Maxis merekodkan prestasi terbaik dengan 20 anugerah – pencapaian terbaik oleh sebuah organisasi dalam sejarah Anugerah CCAM
• Maxis memenangi anugerah Pusat Perhubungan Dalaman Terbaik, CRM Terbaik dan CSR Terbaik bagi tahun ketiga berturut-turut manakala berjaya mengekalkan Anugerah Emas dalam Sosial Media Terbaik dan Pusat Perhubungan Dalaman Keluar Terbaik untuk dua tahun berturut-turut

Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, telah memenangi sebanyak 20 anugerah di majlis Anugerah Tahunan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Persatuan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) ke-13 pada 12 Oktober – sekali gus mempertingkatkan tahap dalam kecemerlangan perkhidmatan pelanggan. Maxis telah bertanding dengan operasi perkhidmatan pelanggan dan pusat hubungan yang terbaik dari industri utama dalam negara, seperti telekomunikasi, teknologi maklumat, perbankan dan kewangan, layanan baik dan sektor awam.

Maxis

Maxis telah mencatatkan rekod terbaik dengan menerima 13 Anugerah Emas untuk kategori-kategori utama, termasuk Emas untuk anugerah terbesar pada malam tersebut iaitu Pusat Hubungan Terbaik Daripada Yang Terbaik. Maxis juga telah memenangi Anugerah Emas untuk tahun ketiga berturut-turut bagi kategori Pusat Perhubungan Dalaman Terbaik (melebihi 100 kerusi) CRM (Customer Relationship Management) Terbaik dan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) Terbaik.

Maxis juga telah berjaya mempertahankan Anugerah Emas dalam Sosial Media Terbaik dan Pusat Perhubungan Dalaman Keluar Terbaik (kurang dari 100 kerusi) untuk dua tahun berturut-turut. Di samping Anugerah Korporat, wakil-wakil pusat hubungan Maxis juga telah diberi pengiktirafan untuk prestasi cemerlang dan usaha mereka dalam kategori masing-masing. Kemenangan tahun ini merupakan satu peningkatan dari tahun lepas apabila Maxis memenangi sebanyak 15 anugerah.
Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis berkata, “Semakin ramai pengguna menganggap perkhidmatan pelanggan sebagai keutamaan dan mereka bersedia untuk kekal bersama dengan syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Di Maxis, kami mengutamakan pelanggan dalam segala yang kami lakukan, oleh itu pencapaian ini sangat bermakna kepada kami dan benar-benar menghidupkan mantera ini!”

“Kemenangan kami ini mencerminkan komitmen Maxis dalam sentiasa menawarkan perkhidmatan pelanggan yang terbaik, dan ini telah dapat dicapai kerana dedikasi dan semangat yang ditunjukkan oleh pasukan-pasukan hubungan pelanggan dan pusat perhubungan. Kerja keras dan prestasi cemerlang mereka telah membawa mereka pengiktirafan ini. Kami berbangga dengan pencapaian kami tahun ini dan akan terus kekal sebagai salah satu daripada syarikat utama dalam penawaran CRM di Malaysia,” kata Suren.

Anugerah tahunan CCAM mengenal pasti, mengiktiraf dan menghargai ahli industri pusat perhubungan Malaysia yang telah membawa khidmat pelanggan ke tahap yang baru melalui pembaharuan, ketabahan dan fokus. Ia mengiktiraf amalan terbaik dalam perkhidmatan pelanggan dan industri pusat hubungan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran perkhidmatan pelanggan, menggalakkan hubungan sentrik pelanggan dari syarikat-syarikat Malaysia dan individu perkhidmatan pelanggan.

Organisasi yang mengambil bahagian dalam anugerah ini diadili berdasarkan prestasi mereka dalam bidang Strategi Pusat Perhubungan dan Organisasi, Proses Sumber Manusia (iaitu program latihan dan pembangunan, pengambilan pekerja, pampasan dan motivasi), Teknologi, Centricity Pelanggan dan Kualiti Perkhidmatan dan Pengoptimuman. Kriteria penilaian untuk Profesional Pusat Perhubungan berkaitan dengan sumbangan mereka yang boleh diukur dan didokumenkan, serta bukti kepimpinan mereka, kualiti profesional dan inisiatif peribadi dalam bidang pembinaan pasukan, inovasi, memenuhi sasaran KPI dan pembangunan diri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peningkatan Radio Suria FM di Tahun 2012

Brand New AirAsiaMegastore.com Launched and Announces Tie-up with SimplySiti