in

Maxis Berhad Quarter 2 2012 Financial Results

SETENGAH TAHUN PERTAMA YANG STABIL UNTUK MAXIS DENGAN PERTUMBUHAN HASIL TAHUN-KE-TAHUN SEBANYAK 3.6% KE 4.4 BILION, PERTUMBUHAN DATA YANG KUKUH

  1. Hasil bukan suara pemacu utama pertumbuhan, menyumbang 45.3% kepada hasil mudah alih
  2. Mengekalkan Margin EBITDA yang terunggul dalam industri sebanyak 50.4% 13.8 juta jumlah langganan, termasuk asas langganan penjanaan hasil sebanyak 12.7 juta
  3. Kerjasama jangka panjang dengan Astro untuk membawa yang terbaik daripada kedua-dua dunia kepada pelanggan di Malaysia


Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, mencatatkan prestasi yang stabil untuk keputusan setengah tahun pertama berakhir 30 Jun 2012, didorong oleh pertumbuhan data dan IDD yang kukuh dan momentum yang dibina dari langkah pasaran yang agresif sejak dua suku yang lepas.

Maxis Q2 2012 Financial Results

Mengulas keputusan kewangan Syarikat untuk setengah tahun pertama, Sandip Das, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis berkata, ‚Sejak awal tahun ini, kami telah melancarkan beberapa langkah pasaran merentasi kategori produk dan kami telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan kami. Hasilnya, prestasi kami dalam setengah tahun pertama ini adalah stabil walaupun terdapat perang harga di pasaran.

Kami mencatatkan penambahan bersih prabayar yang tertinggi dalam lima suku didorong kekuatan pelan baru Hotlink yang dilancarkan pada bulan Mac, menawarkan pelbagai produk data yang kontemporari dan global seperti ruang simpanan peribadi berasaskan awan dan kedai-kedai buku online, pelbagai peranti pintar dan mencatatkan kemajuan yang kukuh ke dalam pasaran asing dengan tarif panggilan antarabangsa yang menarik.

Usaha kami yang berterusan untuk mengembangkan ekosistem mesra-data telah melihat hasil bukan suara meningkat sebanyak 45.3% daripada hasil mudah alih dengan 62% daripada hasil datang dari perkhidmatan internet dan data. Pada masa ini, lebih daripada satu pertiga daripada pelanggan kami menggunakan telefon pintar dan kami mempunyai 8.0 juta pengguna Internet mudah alih yang aktif memberikan kami asas yang kukuh untuk memacu pertumbuhan perkhidmatan data masa depan. Suku ini, kami mengukuhkan keahlian Maxis One Club dengan menawarkan pelbagai pakej telefon pintar kepada pelanggan.

Perniagaan kami telah dibina kerana mereka, dan sekarang kami akan membawa lebih kegembiraan ke rumah mereka!‛, Kami telah mengisytiharkan satu dividen interim kedua sebanyak lapan sen sesaham berjumlah RM600 juta kepada para pemegang saham kami pada suku ini, dan berjaya mengekalkan rekod prestasi kami dalam pembayaran dividen yang konsisten dengan suku- suku sebelumnya. Kami gembira telah dapat mencapai semua ini, walaupun persaingan sengit.’

Apabila kami memulakan perjalanan kami sebagai penyedia perkhidmatan bersepadu dan memperkenalkan perkhidmatan kediaman, kami mempunyai dua pencapaian besar yang perlu kami lalui; yang pertama untuk menandatangani perjanjian dengan Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad, yang membolehkan kami mengakses berjuta rumah di seluruh negara.

Dengan perkongsian strategik yang telah kini kami meterai dengan Astro, peneraju kumpulan media hiburan pengguna yang terkemuka di Malaysia, kami dapat menyediakan yang terbaik dari segi Jalur Lebar, Suara dan Televisyen, di mana-mana sahaja pelanggan kami berada. Kami gembira telah memperoleh kandungan televisyen dan video yang paling popular dari pembekal perkhidmatan yang terkemuka di pasaran untuk menawarkan jalur lebar gentian ke rumah yang mempunyai nilai tambahan (value added) dan tidak lama lagi, tawaran 4G LTE kami. Ini akan membolehkan kami untuk membangunkan perkhidmatan baru dan menarik dan pengalaman multi-skrin yang dihantar secara lancar di seluruh platform rangkaian yang berbeza untuk terus menarik pelanggan baru kepada platform tetap dan wayarles kami.‛

Pada setengah tahun pertama ini, Maxis mencatatkan hasil sebanyak RM4,445 juta, satu pertumbuhan sebanyak 3.6% daripada RM4,291 juta tahun lalu dengan hasil bukan suara menjadi pemacu utama pertumbuhan. EBITDA meningkat 2.0% ke RM2,239 juta daripada RM2,196 juta pada tahun lepas. Syarikat mencatatkan pertumbuhan ini dan pada masa yang sama terus mengekalkan Margin EBITDA yang terunggul dalam industri sebanyak 50.4%.

Maxis mencatat Keuntungan Selepas Cukai (Profit After Tax – PAT) yang dinormalisasi sebanyak RM1,107 juta, yang meningkat sebanyak 1.4% dari tahun lalu. Termasuk insentif cukai jalur lebar jarak terakhir sebanyak RM16 juta yang dilaporkan pada suku pertama 2012 dan RM10 juta pada suku kedua 2012 serta hapuskira pelarasan hartanah, loji dan peralatan (selepas cukai) sebanyak RM94 juta pada suku kedua 2012, PAT untuk setengah tahun pertama 2012 adalah RM1,039 juta.

Maxis terus menerajui pasaran dengan 13.8 juta jumlah langganan, termasuk asas langganan menjana hasil sebanyak12.7 juta pada akhir Jun 2012.
Bagi suku kedua, Maxis mencatatkan hasil sebanyak RM2,216 juta, hampir setanding dengan RM2,229 juta yang dicapai pada suku sebelumnya. Margin EBITDA adalah pada 49.9% berbanding 50.8% pada suku pertama.

Maxis mencatatkan PAT yang dinormalisasi sebanyak RM550 juta pada suku kedua ini, penurunan yang sedikit sebanyak 1.3% daripada RM557 juta yang dicatatkan pada suku sebelumnya. Termasuk insentif cukai jalur lebar jarak terakhir sebanyak RM16 juta yang dilaporkan pada suku pertama 2012 dan RM10 juta pada suku kedua 2012 serta hapuskira pelarasan hartanah, loji dan peralatan (selepas cukai) sebanyak RM94 juta pada suku kedua 2012, PAT untuk suku kedua adalah RM466 juta.

Maxis telah melancarkan langkah pasaran yang berimpak besar sejak dua suku terakhir untuk membuat tawaran-tawarannya lebih menarik untuk semua segmen pelanggan dan mengukuhkan kepimpinan pasaran.

Untuk perkhidmatan pascabayar, Syarikat memperkenalkan 3 inisiatif utama yang termasuk memberi nafas baru kepada tawaran bersepadu Maxis One Club untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia dan bernilai tinggi, menawarkan pas data kepada 63 negara, yang merupakan jumlah negara tertinggi di pasaran, di bawah kempen ‘Merantau dan Relaks’ untuk memberi pelanggan ‘ketenangan fikiran’ apabila merantau dan lanjutan promosi HOT IDD132 kepada pelanggan pascabayar. Inisiatif perantauan ‘ketenangan fikiran’ dan pelarasan tarif telah memperbaiki pengalaman perkhidmatan pelanggan secara keseluruhan.

Syarikat, berdasarkan kekuatan rangkaian infrastrukturnya, mengukuhkan lagi penerajuan Hotlink dalam pasaran dengan memperkenalkan pelan semua-dalam- satu Hotlink Sabah dan Sarawak.

Maxis Q2 2012 Financial Results

Petunjuk awal adalah menggalakkan; Home Internet Fiber Maxis telah mendapat sambutan yang baik daripada pelan promosi berharga menarik yang dilancarkan pada 18 Mei. Pada akhir suku kedua 2012, Maxis Home mempunyai lebih 57,000 jumlah pelanggan, termasuk 9,352 yang melanggan Home Internet Fibre dan lebih 27,000 yang melanggan Home Internet Wayarles, dengan selebihnya pelanggan ADSL dan POTs.

Maxis terus membenih peranti pintar dalam pasaran dengan tawaran terbaru seperti Samsung Galaxy SIII dan iPad baru untuk menggalakkan pelanggan untuk menaiktaraf peranti mereka dan menikmati pelbagai kandungan data yang diperkaya.

Selaras dengan kepimpinannya dalam inovasi kandungan mudah alih, Maxis memperkenalkan aplikasi myHealthy Heart dengan kerjasama Institut Jantung Negara untuk menyediakan maklumat kesihatan jantung yang berkaitan; pelancaran Maxis Ebooks, perkhidmatan buku digital bersepadu untuk pelbagai peranti; serta Loker, perkhidmatan berasaskan-awan peribadi pertama di Malaysia yang membolehkan semua pelanggan Maxis untuk menyelaras, menyimpan dan mengakses semua kandungan digital peribadi.

Penyelesaian ‘Built for SME – Retail’ adalah satu-satunya penyelesaian semua-dalam- satu di Malaysia yang menyediakan rangkaian perkhidmatan menyeluruh untuk perniagaan runcit perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang boleh dipercayai, berharga kompetitif dan mudah untuk disediakan.

Maxis mencatat Hasil Purata Setiap Pengguna (Average Revenue Per User – ARPU) dan Minit Penggunaan (Minutes of Use – MOU) yang stabil. MOU pascabayar telah meningkat pada suku ini berbanding sebelumnya berikutan kadar luar rangkaian (off net) dan IDD yang lebih tinggi. Manakala, MOU prabayar kekal stabil.

Bagi setengah tahun pertama 2012, Maxis telah melabur RM254 juta dalam memodenkan dan menaik taraf rangkaian. Daripada 5,200 tapak 3G, kami telah melanjutkan liputan HSPA + (42Mbps) kepada 3,600 tapak, jumlah tapak 3G yang tertinggi dalam industri, supaya tablet dan telefon pintar terbaru terbaru dapat berfungsi sepantas mungkin. Di samping itu, hala balik IP LTE yang bersedia telah meningkat kepada lebih 2,000 tapak. Pelaburan sejak 3 tahun yang lalu telah menghasilkan liputan penduduk sebanyak 95% untuk 2G dan 81% untuk liputan berkelajuan tinggi 3G, memberi Maxis jejak rangkaian jejak yang paling maju dan terluas di negara ini.

Lanjutan dari tandatangan perjanjian perkongsian aktif rangkaian akses radio (RAN) 3G dengan U Mobile pada bulan Oktober 2011, perayauan domestik dengan U Mobile telah dilancarkan manakala perkongsian RAN akan bermula pada bulan September.

Pada bulan Julai, Maxis menandatangani perjanjian perkongsian infrastruktur dan spektrum dengan REDtone untuk melancarkan perkhidmatan LTE 4G pada masa depan. Pergabungan spektrum ini akan membolehkan Maxis dan REDtone untuk menawarkan jalur lebar 4G yang terpantas di Malaysia dan rantau ini, sehingga 150Mbps.

Melangkah ke setengah tahun kedua ini, Maxis menjangka persaingan akan bertambah hebat dengan tawaran yang lebih kompetitif oleh syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memacu penggunaan dan langganan yang lebih tinggi. Kami tetap memberi tumpuan dalam memberi pengalaman terbaik kepada pelanggan kami.

Sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat untuk data dan internet mudah alih, kami akan terus menawarkan produk inovatif, membawa masuk peranti terbaru ke pasaran, membuat pengambilan telefon pintar lebih berpatutan dan menyediakan kandungan, aplikasi, internet dan pelan-pelan yang lebih menarik. Program pengekalan dan kesetiaan pelanggan akan terus dipertingkatkan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami dengan tawaran yang memberikan nilai yang kukuh. Dari segi perkhidmatan kediaman, perkongsian yang kami telah bina sedang membuahkan hasil. Kami teruja dengan perkembangan terbaru pada masa depan. Kami akan mula menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut dalam bulan-bulan yang akan datang,‛ Sandip berkata.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Himpunan Janji Ditepati Sempena Hari Kemerdekaan Ke-55

Samsung GALAXY Note II