in , ,

Wah Untungnya! Jom Maksimumkan Pelan Langganan Super+ Anda!

Sejak airasia Super App melancarkan airasia SUPER+, pelan langganan yang menyediakan penerbangan tanpa had, penghantaran makanan dan dilengkapi dengan perlindungan insurans Covid-19 kepada para pelanggannya, ramai telah bertanya kepada kami: adakah pelan itu benar-benar berbaloi? Untuk itu, kami ingin memudahkan anda daripada masalah bertanya kepada mereka yang telah membeli airasia SUPER+ (dan berjaya menebus penerbangan mereka!) dengan soalan-soalan hangat yang berlegar di fikiran anda.

Ketika ditanya tentang cara beliau memanfaatkan langganan SUPER+, Allen Solomon Chong Ling Yen dari Sabah berkata, “Bekerja di Kuala Lumpur memang menyeronokkan, tetapi Sabah adalah rumah saya. Saya telah memberitahu rakan-rakan saya di Sabah untuk melanggan SUPER+ sebaik sahaja ia tersedia supaya kami boleh merancang perjalanan pulang, terutamanya selepas lebih dua tahun berada di Semenanjung. Setakat ini, saya telah menebus lebih daripada 38 penerbangan pulang dan saya merancang untuk menghabiskan hujung minggu sepanjang tahun hadapan di rumah!”.

Arina dari Kuala Lumpur pula memberitahu kami perjalanan pertamanya ke luar Malaysia adalah bersama AirAsia, “Saya mendapat langganan SUPER+ sebagai hadiah daripada kedua ibu bapa sempena mencapai usia 20 tahun dan mereka telah menggalakkan saya untuk mengembara. Saya telah berpeluang melawat Bangkok pada bulan lepas, dan saya tidak sabar untuk mengembara ke seluruh Thailand, serta Vietnam dan Malaysia Barat menjelang akhir tahun ini. Saya memberitahu saudara mara dan rakan sebaya saya yang tidak pernah berpeluang untuk melancong sepanjang dua tahun lepas agar mendapatkan pelan SUPER+ kerana pelan ini sangat berbaloi kepada mereka dan membolehkan mereka untuk melancong bila-bila masa yang mereka mahukan!

Berkongsi keterujaan mendapatkan langganan SUPER+ untuk ahli keluarganya, Rizawani Fiona yang juga berasal dari Sabah berkata, “Saya telah melanggan pas tersebut untuk kesemua 7 ahli keluarga kami, kecuali anak saya yang masih kecil untuk layak mendapatkan langganan SUPER+. Melihat senarai destinasi yang tersedia di SUPER+, saya telah menempah penerbangan ke Bangkok pada bulan Jun, kemudian Manila, Kemboja, dan Singapura.”

Dengarkan testimoni mereka dan lebih banyak lagi dalam video di atas.

Bagi anda yang bercadang untuk mendapatkan pelan ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya sekarang sehingga 15 Mei 2022 di airasia Super App dengan hanya menekan ikon ‘SUPER+’ pada aplikasi tersebut.

Ikuti perkembangan terkini perkhidmatan e-dagang airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.

*Tertakluk pada terma dan syarat, baca Soalan Lazim untuk mengetahui lebih lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DJI Lancar DJI Mini 3 Pro, Lebih Ringan & Masa Penerbangan Lebih 30 Minit!

Trisyia Azman Lancar Single Pertama Berjudul BERKASIH DALAM LARANGAN