in , ,

AirAsia Rai Penerbangan Tambang Tetap Pertama Sempena Hari Raya

AirAsia meraikan penerbangan lewat malam dengan tambang tetap pertamanya sempena sambutan Hari Raya ke Miri, Sarawak dengan faktor muatan 100 peratus.

Semua tetamu dalam penerbangan AirAsia AK 9644 diraikan oleh YB Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan dan Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aviation Group di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2.

AirAsia Rai Penerbangan Tambang Tetap Pertama Sempena Hari Raya

Inisiatif penerbangan lewat malam istimewa dengan tambang tetap telah dilancarkan oleh YB Tuan Loke Siew Fook pada 4 Mac 2024, menawarkan sejumlah 22,000 tempat duduk dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke 11 destinasi dengan tambang tetap pada RM298 ke Sarawak dan RM348 ke Sabah termasuk semua sehala.

AirAsia Rai Penerbangan Tambang Tetap Pertama Sempena Hari Raya

Menteri Pengangkutan, YB Tuan Loke Siew Fook berkata: “Kami berbesar hati untuk melancarkan tambang balik kampung berpatutan untuk rakyat dengan penerbangan tambang tetap AirAsia pada bulan lalu. Berikutan komitmen mereka, ribuan rakyat Malaysia termasuk semua 186 penumpang pada malam ini dapat pulang ke Sarawak dan Sabah dengan tambang berpatutan. Kerajaan akan terus bekerjasama dengan pemain industri untuk meningkatkan kecekapan dan tambang mampu milik bagi pengangkutan awam untuk rakyat Malaysia. Kami mengucapkan selamat jalan kepada semua pada musim perayaan ini.”

AirAsia Rai Penerbangan Tambang Tetap Pertama Sempena Hari Raya

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aviation, Bo Lingam berkata: “Kami berbesar hati untuk meraikan penerbangan tambahan istimewa pertama daripada 122 penerbangan dengan tambang tetap sempena sambutan Hari Raya. Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, inisiatif ini adalah bukti komitmen kami untuk memastikan tambang berpatutan dapat dinikmati oleh semua lebih-lebih lagi pada musim perayaan penting ini. Hari Raya merupakan salah satu tempoh paling sibuk bagi kami dengan lebih 500 penerbangan harian akan berlepas dari semua hab AirAsia. Kami akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik supaya para tetamu dapat pulang dengan selamat. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua Allstars atas dedikasi mereka, terutamanya yang akan bekerja semasa Hari Raya nanti dan kepada para tetamu kerana terbang bersama-sama kami. Selamat Hari Raya daripada kami semua di AirAsia!”

AirAsia Rai Penerbangan Tambang Tetap Pertama Sempena Hari Raya

Para tetamu yang membuat perjalanan pada tempoh Hari Raya Aidilfitri ini digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri dengan menggunakan aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp), yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh pelepasan dijadualkan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki pesawat. Untuk pengalaman perjalanan lebih lancar, daftar ciri-ciri FACES melalui aplikasi AirAsia MOVE untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) ke lapangan terbang domestik dan antarabangsa lain tanpa perlu mengemukakan pas masuk selepas mendaftar masuk kendiri dan bukti pengenalan diri.

Pada musim perayaan ini, para tetamu juga dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu pelepasan penerbangan domestik. Para tetamu hanya dibenarkan untuk membawa dua bagasi kabin dengan berat keseluruhan 7kg dan dinasihatkan untuk menempah bagasi daftar masuk lebih awal sebelum melakukan perjalanan untuk lebih penjimatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Seleksi Program Terbaik Sempena Syawal Bertema Keinsanan di TV AlHijrah

Kaka Azraff & Daniesh Suffian Kini Berganding Hasilkan ‘Karya’ Baharu!