in , ,

Laku Keras! Pratempah HONOR X9b 5G Berjaya Raih Lebih RM10 Juta

Jualan rasmi seluruh negara bermula esok, dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM759

Pratempahan HONOR X9b 5G telah menerima sambutan luar biasa dengan mencapai lebih RM10 juta. Telefon pintar yang dinanti-nantikan ini akan mula dijual secara rasmi di seluruh negara esok. HONOR X9b 5G berjaya mencuri perhatian ramai kerana merupakan telefon pintar Tahan Lasak Setiap Sudut.

HONOR X9b 5G ditawarkan pada harga RM1,499 didatangi dengan hadiah bernilai sehingga RM759 yang termasuk Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan fon putij telinga HONOR CHOICE Earbuds X5. Bukan sekadar telefon pintar biasa, HONOR X9b 5G menawarkan ciri-ciri penaiktarafan pada keseluruhan.

Dapatkan HONOR X9b 5G di kedai HONOR, laman web rasmi HIHONOR.COM, Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Official Store, HONOR Malaysia TikTok Shop, kedai pengedar sah, Harvey Norman, Senheng, SenQ, Urban Republic, Maxis dan Yes. Sementara telefon pintar ini akan boleh didapati pada Celcom, Digi dan U Mobile pada masa terdekat.

(Malay) HONOR X9b 5G Sales Launch

Apa yang menjadikan HONOR X9b unik?

HONOR X9b 5G berjaya menawan hati penggemar teknologi atas beberapa faktor menarik. Berikut adalah sebab-sebabnya: 

1. Kekuatan dinaik taraf: Melebihi had ketahanan

HONOR X9b 5G tahan lasak 360° dan merupakan telefon pintar pertama di dunia untuk menerima pensijilan Lima Bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut daripada SGS Switzerland. Rintangan jatuh telefon pintar ini ditambah baik daripada 1 meter kepada 1.5 meter dan melindungi setiap sudut paparan lengkung OLED Ultra Tahan Lasak. Berbanding pendahulunya, ketahanan paparan HONOR X9b 5G telah ditingkatkan tiga kali ganda, menjadikannya telefon HONOR paling lasak setakat ini. Peminat pasti berpuas hati dengan penaiktarafan Perlindungan Skrin Retak Bahagian Depan & Belakang 365 Hari. 

2. Bateri yang dinaik taraf: Bateri 5800mAh terbesar dalam segmen 

Meskipun berat HONOR X9b 5G hanya 185g dan badan nipis 7.98mm, peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri besar 5800mAh, paling besar dalam segmennya. Kuasa tersebut mencukupi untuk menghidupkan peranti ini sehingga 3 hari dengan penggunaan biasa. Anda boleh menikmti sehingga 19 jam video tanpa henti, 12 jam permainan mudah alih, atau 22 jam melayari media sosial dengan hanya sekali pengecasan.

3. Penstoran dan cipset yang dinaiktaraf: Prestasi lebih baik 

HONOR X9b 5G hadir dengan 12GB RAM dan 8GB HONOR RAM Turbo maya untuk ‘multitask’ yang lancar tanpa sebarang gangguan. Dimuatkan penstoran ROM 265GB, anda kini boleh menyimpan semua gambar atau fail penting. Prestasi turut dinaiktaraf dengan penstoran dalaman 256GB berkelajuan UFS 3.1 yang lazim ada pada telefon pintar premium.  Bacaan dan menulis juga dua kali ganda pantas seperti pesaing dalam segmen kelas pertengahan.

4. Paparan yang dinaiktaraf: Paparan resolusi tinggi 1.5K yang melindungi mata 

HONOR X9b 5G mengetengahkan Paparan Resolusi Retina 1.5K 6.78 inci yang menawan, dengan 1.07 Bilion Warna, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan setinggi 1200nits. Ciri-ciri tersebut menjadikan HONOR X9b 5G antara telefon pintar kelas pertengahan dengan paparan terbaik. Penglihatan lebih selesa terjamin dengan ciri-ciri perlindungan mata seperti Pemalapan PWM 1920Hz, Paparan Malam Sirkadia, Pemalapan Dinamik, dan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland untuk hiburan tanpa gangguan.

5. Kamera yang dinaiktaraf: Telefon pintar serba boleh dengan Kamera Ultra Jelas 108MP 

Kamera Ultra Jelas 108MP yang menakjubkan membolehkan HONOR X9b 5G memberi hasil rakaman yang sangat jelas. Dengan penderia seluas 1/1.67 inci dan aperture f/1.75, kamera ini mampu menangkap lebih banyak cahaya untuk menghasilkan imej yang lebih terang dan jelas. Menampilkan teknologi Millisecond Capture, bakat fotografi anda terserlah dengan tangkapan yang lancar dan tepat.

6. Cipset yang dinaiktaraf: Prestasi Tiada Tandingan

Cipset baharu Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 yang baru diperkenalkan di Malaysia bersama Qualcomm® Kryo™ CPU dan Adreno™ GPU. Cipset tersebut meningkatkan kepantasan HONOR X9b sebanyak 40% untuk prestasi GPU yang lebih laju dan 35% peningkatan kecekapan CPU, memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan responsive.

7. Rekaan yang dinaiktaraf: Ketahanan dan Keanggunan 

Diilhamkan dari seni ukiran halus jam tangan dan barang perhiasan mewah, HONOR X9b 5G memiliki ciri-ciri Rekaan Dwi Bulatan Klasik yang ikonik. Warna jingga menawan Sunrise Orange dihasilkan daripada kulit vegan, memberikan sentuhan elegan kepada telefon pintar tersebut. Semestinya kulit ini bebas kesan cap jari bagi pengguna yang tidak gemar menggunakan sarung telefon pintar.

HONOR X9b 5G Sales Launch - 2

Semua penaiktarafan menakjubkan tersebut pada HONOR X9b 5G boleh didapati pada harga menarik RM1,499. Jangan tunggu lagi, dapatkan HONOR X9b 5G sekarang sebelum habis terjual! Untuk maklumat lanjut boleh layari https://bit.ly/HONORX9bPR .

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lebih Inovatif! TGV Cinemas Buka Cawangan Baharu di TGV Pavilion Bukit Jalil

KYOCHON

Lazat Betul! Nikmati Cita Rasa Honey Garlic Series di Kyochon 1991