in , , ,

Lagu DIAM SAJA Tiada Kena Mengena Dengan Perbalahan Forteen & Izzue Islam

Kumpulan Forteen menegaskan single terbaru mereka berjudul Diam Saja yang telah dilancarkan sejak 1 Mac lalu bukanlah berkisar tentang perbalahan yang berlaku antara mereka dengan Izzue Islam.

Baca judul lagu DIAM SAJA ni, teringat pulak ada seorang bintang Akademi Fantasia bernama Bila yang pernah merakam sebuah single berjudul BILA DIAM SAJA. Haaa, lebih kurang pulak judul lagu dengan kumpulan Forteen.

Forteen

One Forteen berkata, biarpun lirik lagu berkenaan dihasilkan oleh mereka bertiga, namun ia langsung tidak ada kena-mengena dengan apa yang telah berlaku sebelum ini.

“Tidak dinafikan selepas kejadian yang menimpa kami dan Izzue, setiap apa yang kami lakukan pasti ada segelintir yang akan mengaitkan tentang hal yang berlaku.

“Bagaimanapun, kami ingin tegaskan lagu ini hanya berkisar tentang kisah percintaan. Lirik ini kami tekankan kalau pasangan bergaduh, lebih baik salah seorang ambil tindakan berdiam diri semata-mata kerana sayangkan perhubungan itu,”

– One Forteen

Menurut One, menerusi lagu ciptaan komposer Adam Armin & Joseph Khan, mereka mengganggap Diam Saja mampu menjenamakan semula nama Forteen yang kini bergerak bertiga sahaja.

Forteen

Single Diam Saja dipersembahkan buat pertama kali oleh kumpulan Forteen ketika majlis resepsi perkahwinan Ameer dan pasangannnya Naja.

Jelasnya lagi, sejak video lirik lagu berkenaan dimuat naik di YouTube, ternyata ia mendapat sambutan yang baik dan maklum balas positif daripada peminat.

Forteen

Dalam pada itu, One memberitahu selepas pengunduran Izzue daripada kumpulan berkenaan, mereka belum ada perancangan untuk mencari pengganti.

Forteen

“Buat masa ini kami masih lagi rasa selesa untuk bergerak bertiga sahaja. Lagipun bukan senang nak cari pengganti yang mampu memahami cara kerja kami.

“Selain itu, jika ada antara kami yang terbabit dengan projek secara solo, kami tidak kisah dan akan memberikan sokongan antara satu sama lain, namun harus utamakan kumpulan terlebih dahulu,”

– One Forteen

Lagu tersebut adalah ciptaan Adam Armin dan Yusuf Khan, manakala liriknya ditulis bersama mereka dan ahli kumpulan Forteen.

Sumber: KopiPlanet.com

Lirik Lagu DIAM SAJA

Bukakan hatimu untuk aku bicara
Isi hatiku terpendam lama
Setiap caramu membuat ku mengalah
Namun aku terbiasa meski mahu ku berbeza

Tapi cintaku kekal selamanya
Setiap lukamu menjadi lukaku
Walau ku terasa
Ku diam saja ku diam saja

Katakan padaku
Apa yang kau mahu
Walaupun ku cuba
Kau diam saja diam saja

Apa pun yang terjadi ku masih di sini
Pinta ku harap kau kembali
Berikan ruang dan masa tuk ku menjelas tentang
Apa yang ku rasa cerita yang sebenarnya

Cinta ku akan tetap membara
Walau jatuh kitakan bersama
Aku tahu aku tidak sempurna
Ku diam saja

Andai kau hilang akan ku cari
Kabarmu tetap aku menanti
Percayakan aku usah kau duga
Ku diam saja

Setiap lukamu menjadi luka ku
Walau ku terasa
Ku diam saja ku diam saja

Katakan padaku
Apa yang kau mahu
Walaupun ku cuba
Kau diam saja diam saja

Walaupun ku cuba
Kau diam saja diam saja

Kau buat ku diam
Kau buat ku diam
Kau buat ku diam
Saja

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem EXTREME JOB

Pelakon Era 90an Wafa Abdul Kadir Meninggal Dunia