in , ,

Pelakon Era 90an Wafa Abdul Kadir Meninggal Dunia

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat pelakon Wafa Abdul Kadir. Sekian lama menderita akibat penyakit kanser, pelakon Wafa Abdul Kadir akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 pagi Sabtu.

Pelakon popular era 1990-an, Wafa Abdul Kadir, 52, meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor, awal pagi tadi selepas hampir lima tahun bertarung dengan kanser peritoneal.

Allahyarhamah Wafa dilapor menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1 pagi tadi dengan meninggalkan suami, Tajul Faizal Tamimuddin, 52, dan beberapa anak.

Wafa Abdul Kadir

Ucapan Salam Takziah dari Rakan Selebriti

Personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi yang menganggap arwah sebagai ‘kak long’, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi BH, sebentar tadi. Beliau berkata, jenazah arwah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, untuk disembahyangkan.

“Jenazah arwah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, sebelum solat zohor,”

Dalam pada itu, berita pemergian pelakon filem Azizah The Legend itu turut dikongsi sahabatnya, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar, dalam laman Facebook.

Rakan baiknya, pendakwah Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar meminta semua agar mendoakan segala urusan pelakon itu dipermudahkan dan dapat pergi dalam keadaan husnul khatimah.

Wafa Abdul Kadir

Laporan sebelum ini menyebut Wafa disahkan menghidap kanser ovari tahap empat pada April 2015.

Berikutan itu, beliau terpaksa membuang keseluruhan organ wanita, iaitu ovari, tiub fallopio, rahim dan omentum (lapisan yang menutup bahagian perut).

Selepas pembedahan itu, Wafa kembali sihat tetapi pada awal 2016, beliau berdepan pula dengan kanser peritoneal.

Sebelum ini dilaporkan menghidap kanser ovari tahap empat sehingga menyebabkan beliau terpaksa membuang keseluruhan organ wanita, iaitu ovari, tiub fallopio, rahim dan omentum (lapisan yang menutup bahagian perut).

Allahyarhamah juga dilaporkan sudah menjalani 18 sesi kemoterapi bagi menghapuskan sel kanser.

Wafa adalah anak bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Talib.

Sumber: Berita Harian
Wafa Abdul Kadir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu DIAM SAJA Tiada Kena Mengena Dengan Perbalahan Forteen & Izzue Islam

Ini Doa & Pesanan Awi Rafael Untuk Atikah Suhaime Selepas Putus