in ,

Lagu THERE YOU ARE Dapat Sambutan Jessie Chung Terima Rekod Platinum

Berita baik untuk peminat setia yang bergelar “Princess of Rock” yang disayangi pada masa kini Jessie Chung! Selepas ribuan peminat telah berkumpul menghadiri pameran pelancaran Jessie di Dongguan, Guangzhou, China & Future Entertainment Music Group Australia, lagu beliau yang bertajuk ’There You Are’ kini pula telah mendapat gelaran lagu platinum. Wah, tahniah Budiey ucapkan buat Jessie Chung.

Pada jam 3 petang tadi, Budiey turut hadir menyahut jemputan daripada Future Entertainment & Music Group Australia yang telah menganjurkan “There You Are Platinum Award Press Conference” di SPAC Shah Alam untuk meraikan kejayaan 8-minggu berturut-turut di mana lagunya layak berada dalam carta sepuluh lagu teratas bersama-sama lagu yang lain di dalam Carta Antarabangsa Taiwan Five Muzik dan rekod platinum pertama pensijilan beliau yang pertama. Fuh! Memang gempaklah Jessie ni. Tak sangka pulak lagu ini mendapat sambutan.

Jualan lagu There You Are dikatakan telah terjual lebih dari 15,000 copy dan ini termasuklah dari jualan di Malaysia dan Taiwan. Wow. Sungguh menakjubkan Budiey rasa.

Sidang Media Jessie Chung Platinum

Berada selama lapan minggu berturut-turut di dalam carta, Jessie Chung berjaya meletakkan lagunya hanya dua mata di belakang pendahulu carta iaitu Lady Gaga; pada minggu kedua dan ketiga. Lagu beliau juga berjaya menduduki tiga carta teratas dan masih mengekalkan kedudukan sehingga kini. Namun begitu, pada minggu keempat ia menduduki tangga ke-6 dan di tangga ke-8 pada minggu kelima. Seterusnya album Jessie Chung berada di tangga ke-10 pada minggu keenam. Akhirnya, pada minggu ketujuh, album beliau berjaya melonjak kembali ke tangga ke-8, dan tinggal di sana pada minggu kelapan. Jessie Chung dan Lady Gaga adalah satu-satunya penyanyi wanita yang pernah menduduki carta sepuluh teratas selama lapan minggu berturut-turut.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Pengarah Urusan Warner Music Malaysia & Singapura Darren Choy menyatakan bahawa kebanyakan album hanya mampu bertahan buat beberapa ketika apabila dilancarkan ke dalam pasaran. Kebiasaannya juga, kebanyakan album lain hanya mampu bertahan sekitar satu hingga dua minggu sahaja di dalam carta dan kebarangkalian untuk terkeluar daripada carta adalah amat tinggi. Walau bagaimanapun, album kelas pertama yang berpotensi tinggi boleh dapat memberi satu kelebihan untuk terus kekal berada di dalam carta lantas menambahkan jumlah jualan dan pemintaan dipasaran. Menurut beliau lagi, ini adalah ciri-ciri ekslusif album platinum yang boleh dibanggakan.

Lapan minggu berturut-turut pada Carta Antarabangsa Five Muzik ini

Darren turut menjelaskan, “Album Jessie sebelum ini yang bertajuk ‘There You Are’ benar-benar mendapat sambutan dan sangat diminati ramai. Ini berikutan daripada jumlah tontonan muzik video tersebut di YouTube yang mencecah lebih dari satu juta tontonan. Ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan dan jarang dilihat. Selain itu, album terbarunya yang bertajuk ‘Be Strong’ mampu sekali lagi menawan hati para peminat muzik diseluruh pelusuk dunia dimana setakat ini jumlah tontonan di YouTube telah melepasi satu juta dalam tempoh yang singkat, tahniah. ”

Pengurus Besar dan pengedar rasmi PMP Entertainment Malaysia, Encik Wong menyatakan bahawa rekod platinum yang dicipta oleh Jessie Chung ini adalah sesuatu yang diluar jangkaan, ianya satu pencapaian yang hampir-hampir tidak dilihat pada zaman ini di mana rekod jualan fizikal tidak lagi popular di kalangan orang ramai. Dalam masa tiga bulan, jualan album ‘There You Are’ telah mencecah jualan melebihi lebih daripada 15,000 unit.Ini adalah satu fenomena yang jarang dapat dirasai oleh artis tempatan kita pada masa kini. Selain itu, album yang baru dikeluarkan beliau bertajuk ‘Be Strong’ kini telah terjual sebanyak lebih 5,000 unit hanya dalam masa seminggu dan kita semua sangat teruja dengan hasilnya.

Seteruanya, Jessie Chung akan meneruskan jelajah bagi mempromosikan album terbaru beliau ‘Be Strong’ pada malam tahun baru ini bertempat di Paradigm Mall pada jam 8 malam. Jessie juga tidak sabar untuk menemui peminat beliau yang pastinya akan teruja untuk bertemu dengan artis pujaan mereka ini. Selain itu, Jessie juga akan bertemu dengan peminat beliau pada 1 Januari nanti bertempat di AEON Bukit Tinggi sekitar jam 3 petang bagi sesi bertemu peminat.

Sidang Media Jessie Chung Platinum

Sidang Media Jessie Chung Platinum

Sidang Media Jessie Chung Platinum

Sidang Media Jessie Chung Platinum

Sidang Media Jessie Chung Platinum

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Estranged Bakal Saman Seorang Wanita?

Penyanyi Tan Sri SM Salim Meninggal Dunia