in , ,

Penyanyi Tan Sri SM Salim Meninggal Dunia

Selepas dua hari berada dalam keadaan tenat, bintang legenda negara, Tan Sri SM Salim akhirnya menghembuskan nafas terkahir akibat sakit tua kira-kira pukul 5.44 petang Khamis.

Berita itu disahkan oleh anaknya, Sheikh Shamsul Salim, 51, ketika dihubungi mStar Online petang ini.

Jenazah dijangka dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas solat Jumaat.

Tan Sri SM Salim

Sejak berita Allahyarham nazak tersebar menerusi aplikasi WhastApp, keluarga Allahyarham tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu termasuklah wakil persatuan seni dan rakan-rakan artis.

Antara yang menziarahi Allahyarham ialah Datuk Jamal Abdillah, Fauziah Nawi, Fazli Zainal, Datuk Ramli MS dan Datuk A Rahman Hassan.

Jenazah Allahyarham kini ditempatkan di rumah anaknya di Sering Ukay, Ampang dekat sini.

SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, 88, mengalami lumpuh sejak 17 tahun lalu dan hanya mengharapkan kerusi roda untuk bergerak.

Namun sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatannya semakin merosot sehinggalah dia sukar bernafas pada malam Selasa lalu.

Sepanjang hayatnya, bekas juruhebah RTM bermula tahun 1957 ini banyak menyanyikan lagu-lagu klasik.

Antara lagu yang turut popular ialah ialah Pandang-Pandang Jeling-Jeling nyanyian bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Satu bersama Zainal Abidin.

Lagu lain yang popular ialah Apa Dah Jadi.

Semasa hayatnya, beliau pernah menerima Anugerah Biduan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Beliau meninggalkan isteri, Puan Sri Aishah Abdul Ghani bersama tujuh orang anak iaitu Siti Nuraishah, 60, Sheikh Samsuddin, 68, Siti Nur Huda, 56, Siti Maheran, 54, Siti Huzayah, 53, Sheikh Shamsul, 51, dan Siti Zubaidah, 35.

Sumber : Mstar Online

Budayawan, wartawan dan penulis, Tan Sri Johan Jaaffar, menyifatkan Allahyarham Tan Sri SM Salim sebagai legenda seni suara negara.

“Pembabitan beliau melangkaui enam dekad. Beliau bintang gemilang di langit seni hiburan bangsa.

“Jasanya memberikan nilai baharu pada lagu berirama asli, tradisional dan zapin amat dihargai.

“Beliau sama selesanya membawakan irama moden dengan gaya sendiri. SM Salim unik dan istimewa. Hilangnya sukar dicari ganti,” katanya.

Allahyarham yang menderita sakit saraf sejak 17 tahun lalu, meninggal dunia dikelilingi isteri, anak dan cucu di rumah seorang anaknya di Sering Ukay, Ukay Perdana, di sini, 5.45 petang tadi.

SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros meninggalkan isteri, Puan Sri Aishah Abdul Ghani dan tujuh anak iaitu Sheikh Samsudin, 68; Siti Noraishah, 60; Siti Nur Huda, 56; Siti Maheran, 54; Siti Huzayah, 53; Sheikh Shamsul, 51 dan Siti Zubaidah, 35.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu THERE YOU ARE Dapat Sambutan Jessie Chung Terima Rekod Platinum

Fenomena Suri Hati Mr Pilot & Penangan Lofattah Menghiasi Kalendar 2016