in

Kuala Lumpur Kini Antara Destinasi Pelancongan Paling Popular

Pelancong China kini mengembara lebih jauh dan berbelanja lebih – Kuala Lumpur Kini Antara Destinasi Pelancongan Paling Popular

  • Kajian terbaru Hotels.com mendedahkan bahawa pelancong China mahukan lebih dalam segala hal – lebih banyak masa mengembara, lebih banyak lokasi dan pengalaman lebih eksotik
  • 31 peratus daripada hotel Malaysia kini menawarkan perkhidmatan yang disesuaikan mengikut keperluan tetamu dari China; Wi-Fi & kakitangan yang fasih bahasa Mandarin merupakan antara permintaan utama
  • Pulau Pinang menawarkan harga hotel terendah dunia bagi pelancong China pada 2016
  • KL memasuki senarai 10 destinasi paling popular di Asia Pasifik (APAC) bagi pelancong China
  • Perancis, AS dan Australia ialah destinasi paling popular bagi pelancong China

Laporan tahunan keenam Chinese International Travel Monitor oleh Hotels.com™ mendedahkan bahawa pelancong China telah memasuki fasa baru dalam evolusi mereka. Golongan ini lebih maklum dan semakin sofistikated dari segi cita rasa dan jangkaan, dan mereka mahukan lebih dalam segala hal – lebih banyak masa mengembara, lebih banyak lokasi dan pengalaman lebih eksotik.

Pelancong China kini membelanjakan sejumlah 28 peratus daripada pendapatan mereka secara purata untuk pengembaraan antarabangsa, dengan golongan milenial 90-an sebagai kumpulan yang berbelanja paling besar, dengan memperuntukkan 35 peratus daripada pendapatan mereka untuk pelancongan.

‘Generasi lebih’ More Generation ini membawa manfaat yang besar kepada ekonomi global dengan China mencatatkan 122 juta pelancong ke luar negara pada 2016 – iaitu 4 peratus lebih tinggi berbanding 2015 dan kenaikan ketara 74 peratus berbanding 2011[1].

Abhiram Chowdhry, Naib Presiden dan Pengarah Urusan Asia Pasifik dan Amerika Latin bagi jenama Hotels.com berkata potensi pertumbuhan dari segi bilangan pelancong China dan kuasa beli mereka adalah sangat besar.

“Kajian kami telah mengenal pasti bahawa pelancongan keluar dari China menawarkan manfaat ekonomi besar kepada banyak negara di seluruh dunia. Justeru pengurusan hotel hendaklah memenuhi keperluan pelancong China dan membangunkan perkhidmatan inovatif hotel yang memanfaatkan kuasa beli mereka yang besar, sambil menjamin kelestarian masa depan perniagaan mereka – dan juga industri pengembaraan tempatan secara umumnya.”

Hotel Malaysia menarik pelancong China

61 peratus pengendali hotel Malaysia mencatatkan peningkatan dalam bilangan tetamu China tahun lepas, berbanding 42 peratus di negara-negara lain. Sebagai tindak balas kepada jumlah pelancong China yang semakin besar, 31 peratus daripada pengendali hotel tempatan kini menawarkan perkhidmatan yang disesuaikan mengikut keperluan tetamu China, dengan hotel utama menggaji kakitangan yang mahir bertutur dalam Bahasa Mandarin.

Permintaan utama daripada tetamu China ialah Wi-Fi (89 peratus) dan kakitangan yang fasih Bahasa Mandarin (73 peratus). Menyedari keperluan yang semakin ketara untuk menambah baik perkhidmatan bagi pelancong China, 28 peratus daripada pengendali hotel tempatan sudah menawarkan latihan Bahasa Cina kepada kakitangan mereka.

47 peratus daripada pengendali hotel juga percaya bahawa langkah melonggarkan syarat visa bagi pelancong China akan mempengaruhi perniagaan mereka dengan ketara – kerajaan memperkenalkan dua skim visa baharu pada bulan Mac melibatkan pelancong China.

Pulau Pinang, untuk mendapatkan nilai terbaik di dunia 

CITM terkini juga mendedahkan bahawa hotel Malaysia menawarkan antara nilai yang terbaik di dunia, dengan pelancong China membayar harga paling rendah untuk bilik hotel pada 2016 di Pulau Pinang. Tambahan lagi, Kuala Lumpur berada di tempat ketiga, di belakang Hanoi

Penemuan ini daripada CITM terus menyokong data terbaru Indeks Harga Hotel™ Hotels.com, yang menekankan nilai hebat yang ditawarkan oleh hotel-hotel Malaysia.

Faktor KL

Kuala Lumpur, yang terkenal kerana daya tarikan beli-belah, menjamu selera dan kebudayaannya adalah destinasi yang sangat menarik bagi pelancong China. Bandar raya ini telah disenaraikan buat kali pertama antara sepuluh destinasi paling popular dikunjungi pelancong China di APAC, meletakkan ibu kota Malaysia di kedudukan lebih tinggi berbanding destinasi popular lain seperti Bali dan Seoul. Penarafan ini juga meletakkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya ketiga paling popular bagi pelancong China di Asia Tenggara, selepas Singapura dan Bangkok.

Sepuluh bandar raya utama di Asia Pasifik yang ingin dikunjungi pelancong China dalam tempoh 12 bulan akan datang, menurut CITM:

Penarafan Destinasi
1 Singapura
2 Sydney
3 Tokyo
3 Hong Kong
3 Bangkok
3 Gold Coast
7 Maldives
7 Hokkaido
7 Kuala Lumpur
10 Seoul

Perbelanjaan kembara yang semakin meningkat

Walaupun pelbagai petunjuk utama menunjukkan tanda-tanda bahawa pertumbuhan ekonomi China semakin perlahan, CITM tahun ini mendapati perbelanjaan kembara meningkat merangkumi semua peringkat usia, dengan pelancong China berbelanja secara purata USD $3,600 (MYR 15,490)[2] dalam tempoh 12 bulan lepas –  lebih satu perempat pendapatan mereka, dan lebih tinggi  berbanding 24% pada tahun sebelumnya.

Meninjau ke hadapan, pelancong China menyatakan hasrat mereka untuk berbelanja secara purata 10 peratus lebih tinggi untuk pelancongan dalam tempoh 12 bulan akan datang, dengan golongan milenial paling bersedia untuk menambah perbelanjaan mereka, dan kira-kira dua pertiga daripada kumpulan yang lahir pasca 80-an dan 90-an berkata mereka akan meningkatkan perbelanjaan.

Jumlah perbelanjaan purata sehari juga meningkat – iaitu naik 8 peratus daripada 2016 – dengan aktiviti  menjamu selera, lawatan ke tempat menarik dan rehat & santai antara yang paling popular.  Perkara yang lebih menarik ialah perbelanjaan beli-belah merosot 35% berbanding tahun lepas, menunjukkan peningkatan kepelbagaian pilihan aktiviti kembara penduduk China.

Ke APAC dan selanjutnya

Walaupun APAC masih merupakan destinasi paling popular (82 peratus telah mengunjunginya dalam tempoh 12 bulan lepas), laporan CITM mendapati bahawa lawatan jarak jauh ke Eropah dan Amerika kini semakin popular.

Bilangan pelancong China yang mengunjungi destinasi tersebut dalam tempoh 12 bulan lepas meningkat sebanyak 25 peratus (Eropah) dan 11 peratus (Amerika) berbanding tahun sebelumnya. Destinasi ini agak popular bagi pelancong pasca 80-an, dengan 42 peratus mengunjungi Eropah dan 29 peratus melawat Amerika dalam tempoh 12 bulan lepas.

Dalam pada itu, pelancong China menunjukkan keinginan untuk mengembara lebih jauh dari sebelum ini, dengan negara seperti Perancis, Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Jerman semakin popular, berbanding penarafan masing-masing pada 2016. Satu perkara menarik, walaupun tidak memasuki sepuluh tempat teratas, Amerika Latin muncul sebagai destinasi idaman, dengan hasil kajian mendapati bahawa pelancong China yang melancong ke Amerika Latin lazimnya berjalan dan berbelanja lebih – dengan purata sembilan perjalanan setahun, berbanding lebih 4 secara keseluruhan, dan mempunyai tahap perbelanjaan lebih tinggi US$5,600 (MYR 24,090) berbanding US$3,600 (MYR 15,490) secara keseluruhan.

Sepuluh destinasi utama yang ingin dikunjungi pelancong China dalam tempoh 12 bulan akan datang, menurut CITM:

Penarafan Destinasi Peratus Pelancong China Penarafan pada 2016
1 Perancis 18% 9
1 AS 18% 12
3 Australia 16% 1
3 Kanada 16% 17
5 Jerman 12% 17
6 Maldives 11% 5
7 Jepun 10% 2
7 New Zealand 10% 12
7 Singapura 10% 6
7 Thailand 10% 6
7 UK 10% 17

 

Walaupun masih mencatatkan kadar penginapan lebih rendah dalam kalangan pengunjung dari China, Amerika Latin mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam tempoh 12 bulan lepas, dengan pengendali hotel menerima pertambahan 21% dalam bilangan tetamu China.

“Negara-negara di Asia Tenggara juga dikenal pasti sebagai pasaran yang dijangka mempunyai jumlah pelancong asing yang jauh lebih tinggi pada masa depan. Mengakui potensi pasaran yang pesat berkembang ini, di samping menyediakan perkhidmatan terpelbagai bagi memenuhi keperluan khusus kumpulan pelancong China yang berbeza, menjadi faktor yang amat penting pada tahun-tahun akan datang,” tambah Abhiram.

Laporan tersebut mendapati bahawa pengurusan hotel kini menumpukan usaha mereka terhadap media sosial dan program pemasaran untuk menarik pelancong China, walaupun pelaburan mereka dalam perkhidmatan bagi pelancong China telah menyusut, dengan hanya 4 peratus membelanjakan lebih US$10,000 (MYR 43,000) berbanding 12 peratus tahun lepas.

Kajian ini menggabungkan data daripada lebih 3,000 pelancong antarabangsa China dan lebih 3,800 rakan penginapan Hotels.com di peringkat global, dengan data sendiri Hotels.com dan kajian pihak ketiga lain.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem OVERDRIVE

Sacoor Brothers Presents Its New Line: ICONYC