Konsert Mini Cerita Cinta Rossa di KL Live, Life Centre

HOTLINK MEMPERSEMBAHKAN DIVA INDONESIA ROSSA DI KUALA LUMPUR

Pasha, vocalis utama Ungu, turut bersama Rossa di konsert anjuran Hotlink 

Bulan Jun merupakan bulan keterujaan bagi para pelanggan Hotlink dan Maxis, yang merupakan peminat penyanyi sensasi Indonesia, Rossa. Mereka akan berpeluang melihatnya dari dekat apabila diva Indonesia ini mengadakan persembahannya di Konsert Mini Cerita Cinta Rossa pada 27 Jun, dari jam 8.00 malam di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur.

Hotlink, penganjur utama konsert tersebut, telah menyediakan beberapa activiti yang menarik untuk para pelanggannya sempena konsert tersebut. Ini termasuklah sesi perjumpaan di Kuala Lumpur pada 25 Jun, dan di Berjaya Mega Mall, Kuantan, Pahang pada 26 Jun. Para pelanggan Hotlink dan Maxis juga dapat membawa balik poster yang ditandatangani penyanyi yang sangat terkenal ini. 

Lai Shu Wei, Pengurus Besar Maxis dan Ketua Pemasaran Produk, berkata, “Hotlink telah berkali-kali membawa artis terkenal dalam industri muzik kepada para pelanggan kami, persembahan di hadapan penonton dan dalam telefon mudah alih mereka.

Konsert percuma Rossa merupakan inisiatif terbaru kami untuk memberi yang terbaik kepada para pelanggan kami – bukan sahaja kadar panggilan yang rendah dan perkhidmatan muzik yang dianggap value for money, tetapi juga melalui tawaran inovatif seperti ini. 

“Kami telah menganjurkan tiga persembahan Rossa dalam bulan Jun untuk para pelanggan kami supaya mereka berpeluang menemuinya, termasuk membawa Rossa ke Kuantan, Pahang untuk para pelanggan di Pantai Timur. Bagi konsert di Kuala Lumpur, kami telah menjemput Pasha, vokalis utama daripada pancaragam terkenal Indonesia, Ungu, untuk mengadakan persembahan bersama Rossa.”

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN PAS PERCUMA?

Persembahan ini adalah eksklusif untuk para pelanggan Hotlink dan Maxis sahaja. Mereka yang berminat untuk mendapatkan tiket konsert hanya perlu memuat-turunkan pakej nada dering Rossa pada harga RM5. Untuk berbuat demikian, mereka perlu menaip GET ROSSA1 dan hantar kepada 29000.

Mereka akan menerima SMS pengesahan yang mereka boleh gunakan untuk mendapat dua tiket percuma, yang diberikan kepada siapa dulu dia dapat, di Maxis i-Centre di KLCC antara 25 hingga 26 Jun. Para pelanggan adalah digalakkan agar mendapat tiket mereka lebih awal kerana tempat duduk di konsert tersebut adalah terhad.

Para peminat Rossa juga akan dapat menikmati kandungan mudah alih terbaru untuk telefon mereka, termasuk dalam bentuk nada dering pemanggil, True Tunes, lagu penuh, video muzik dan wallpaper. Semuanya boleh dimuat-turunkan daripada laman web Hotlink di www.hotlink.com.my

Pada persidangan akhbar hari ini di Royale Chulan Kuala Lumpur, Rossa berkata,

“Saya gembira kerana dapat mengadakan persembahan di hadapan penonton sekali lagi untuk para peminat saya di Malaysia, satu persembahan yang luar biasa yang memuatkan lagu-lagu hit terbaru saya. Saya juga amat gembira kerana dapat mendendangkan bersama Pasha, vokalist utama Ungu, untuk dua buah lagu saya, Tercipta Untuk Ku dan Terlanjur Cinta.

Selain daripada itu, sebagai persembahan istimewa untuk para peminat saya, pancaragam saya dari Jakarta akan diterbangkan khas ke sini untuk menyertai konsert saya pada 27 Jun. Saya berharap para peminat saya di Malaysia akan dapat bersama saya di persembahan di Kuala Lumpur ini nanti.”

Rossa akan menghibur para peminatnya dalam persembahan tanpa berhenti selama sejam setengah dengan lagu-lagu popularnya di Konsert Mini Cerita Cinta Rossa. Penyanyi wanita yang sangat terkenal ini akan mendendangkan sejumlah 16 lagu, termasuk hit terbarunya Tegar, Pudar, Sakura, Aku Bukan Untukmu, Terlalu Cinta dan Ayat-ayat Cinta. Pancaragam Malaysia, Sofaz, akan membuka tirai persembahan dengan dua single terbaru mereka. Sofaz sebelum ini pernah mengadakan persembahan bersama Ungu serta artis Indonesia yang lain. 

Rossa mula menempah nama melalui album pertamanya, Nada Nada Cinta, pada 1996. Tegar yang menyusuli pada 2000, menjadikan Rossa nama sebut-sebutan dalam industri muzik Indonesia. Dia memenangi anugerah MTV Indonesia Awards 2000 bagi “Favorite Female Artist “.

Pada 2008, Rossa menyumbang dua buah lagu, Ayat-ayat Cinta dan Takdir Cinta, untuk album muzik asal kepada filem Ayat-ayat Cinta. Dua lagu single tersebut memenangi untuknya anugerah Indonesian Music Awards (AMI) 2008 bagi “Best Pop Female Solo Artist” dan SCTV Awards 2008 bagi “Famous Singer”. Dia juga menerima anugerah daripada Anugerah Industri Muzik, Malaysia bagi “Best Malay Language Song Performed by a Foreign Artist” bagi lagunya, Terlalu Cinta. 

Rossa menerbitkan albumnya sendirinya pada 14 Januari, 2009. Single pertamanya, Terlanjur Cinta, merupakan gandingan dengan Pasha, vokalis Ungu, pancaragam popular Indonesia. Pada 2 Mei 2009, Rossa menerima anugerah daripada Anugerah Industri Muzik, Malaysia sekali lagi bagi kategori “Best Malay Language Song Performed by a Foreign Artist “. Kali ini, anugerah tersebut ialah bagi lagu single mega hitnya, Ayat-ayat Cinta. 

Hotlink sebelum ini pernah membawa persembahan berkelas A seperti Avril Lavigne, Gwen Stefani, pop sensasi Korea Rain, Sean Kingston, Pussycat Dolls, Fort Minor, dan The Black Eyed Peas. Ia juga membawa penghibur terkenal Cina seperti David Tao, Eason Chan, Jacky Cheung (Maxis), Leo Ku, Miriam Yeung, S.H.E, Jay Chou, Z Chen dan A Mei.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama E-Toyol.com di TV9 Lakonan Fauzi Nawawi, Norliana Samsudin

Album Terbaru Disagree To Prevent the Earth from Moving With You Akan Dilancarkan