in

Album Terbaru Disagree To Prevent the Earth from Moving With You Akan Dilancarkan

Setelah dua tahun bertungkus lumus menyiapkan album terbaru, akhirnya ‘Disagree’ bakal melancarkan albumnya iaitu “To Prevent the Earth from Moving with You,” pada 30hb Jun 2009 ini. Fuyoo… panjangnya tajuk album. Kira penuh la cover album dengan tulisan tajuk ni je.

Di bawah label FatBoy dan Jason Lo, selaku penerbit, kumpulan yang dianggotai oleh Zahid (gitaris/vokalis), David (gitaris), Aziz (bass) dan Hamka (dram), telah menemui satu aliran muzik yang lebih matang dan bermelodi. Dengan menjadikan Alternatif Rock sebagai halatuju mereka, Disagree, mencipta kelainan apabila menghasilkan lirik lebih mudah dan mampu menawan pendengar apabila diputarkan di stesen radio.

Single pertama Disagree iaitu ‘Osaka’ selain dari karya terbaru, ‘Haley’ dan ‘The Tiniest Moment,’ akan memastikan hala tuju baru mereka dalam dunia muzik terkini.

Album ini bakal diedarkan secara eksklusif oleh Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd, dengan mendapat tajaan dari Extreme/Zero Hour untuk pakaian juga Macbeth bagi kasut. Dengan tajaan ini, Disagree yang pernah menyertai Ikon Malaysia ini bakal mengorak langkah bagi memenuhi kehendak peminat mereka di luar.

Majlis pelancaran tersebut akan dimulakan dengan majlis sidang media dan diikuti oleh sesi bergambar. Selain itu, Disagree bakal memberi satu persembahan hebat diikuti sesi autograf.

Layari: http://www.disagreeband.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Mini Cerita Cinta Rossa di KL Live, Life Centre

Gambar Noryn Aziz di Pelancaran Game Show Celebrity Karaoke