in

“KKM Akan Jalankan Penilaian Risiko Dan Lokaliti Sebelum Tutup Pusat Beli Belah,” – Dr Hisham

Berikutan kes Covid-19 yang dikenalpasti di beberapa pusat beli belah, pihak KKM semalam memaklumkan bahawa mereka akan menjalankan penilaian risiko terlebih dahulu.

Pihak KKM akan melihat kepada lokaliti dan menjalankan penilaian risiko sebelum menutup sesebuah premis jika terdapat lebih daripada lima kes di sesebuah premis. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato Sri Dr Noor Hisham berkata, “Kita (KKM) akan lihat kepada lokaliti tempat berkenaan sama ada tempat itu ada ruang dan sebagainya. Kita akan menjalankan penilaian risiko pada tempat terbabit.

“Kalau ruang besar seperti pusat beli-belah akan dinasihat melakukan nyahkuman atau nyahcemar di kawasan itu. Tapi kalau ruang sempit seperti restoran, mungkin kita akan tutup,” katanya dalam sidang media semalam.

4 Lagi Kluster Baharu Kini Dikesan

Ketika Sidang media harian yang dilakukan di Putrajaya pada Isnin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan terdapat dua kluster yang dikesan di Sabah iaitu Kluster Jalan Bomba dan Kluster Jalan Utara dan masing -masing satu di Selangor dan Johor. 

Kes indeks iaitu kes ke-11,110 adalah lelaki warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 20 September lalu.

“Kes bergejala demam dan batuk dan didapati positif COVID-19 pada 28 September 2020. Kes dimasukkan ke Hospital Duch of Kent, Sandakan.

“Hasil saringan kontak rapat mendapati dua lagi kes positif COVID-19 pada 28 September 2020, Katanya.

Menurutnya, Kluster Jalan Utara dikenal pasti hasil saringan petugas kesihatan di sebuah institut latihan di Sandakan. 

Petugas kesihatan dan anggota polis antara yang positif

Dua petugas kesihatan dikesan positif Covid-19 pada 28 September 2020 dan dipercayai berasal dari Kluster Jalan Utara. Manakala, saringan kontak rapat mendapati satu kes positif bagi kluster Benteng PK, membabitkan seorang anggota polis yang kini sedang mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Justeru itu, langkah pencegahan jangkitan kini giat dijalankan termasuklah proses me-nyah kuman dan proses pembersihan terutamanya di kawasan berisiko.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam Kena Kuarantin di Hotel, Syatilla Melvin Sedih

“Saya Tak Kacau Isteri Orang,” Pelakon Nafi Jadi Orang Ketiga Perkahwinan Nadia Brian