in , ,

Shaheizy Sam Kena Kuarantin di Hotel, Syatilla Melvin Sedih

Pelakon Syatilla Melvin terpaksa berjauhan dengan suaminya aktor Shahiezy Sam yang kini sedang menjalani proses kuarantin selama dua minggu di sebuah hotel.

Menerusi laman sosial Instagram, Tilla berkongsi babak video yang menunjukkan aksinya melambai-lambai tangan pada Sam yang menginap di sebuah hotel berdekatan dengan pejabatnya. 

“Aku dekat office, Sam kuarantin kat hotel depan office aku ja. 

Nampak dari jauh tapi tak boleh pergi. Wei sedih wei,”

– Tilla di ruangan kapsyen IG

Difahamkan Sam menjalani proses kuarantin selepas pulang dari Sabah bagi memberikan sokongan kepada abang iparnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Shaheizy Sam akur menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas kembali dari Sabah atas urusan keluarga.

Bukan hanya kena kuarantin, malah Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2010, 2012 dan 2014 itu terpaksa menunda majlis pelancaran produk terbaru, Pengaseh berikutan menjalani tempoh kuarantin.

“Walaupun kecewa terpaksa menangguhkan majlis pelancaran, tetapi soal keselamatan tetamu harus diutamakan.

“Saya cuba sedaya upaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), tetapi tidak tahu sejauh mana saya selamat daripada pendedahan pandemik COVID-19.

“Disebabkan itu, saya membuat keputusan untuk kuarantin diri di sebuah hotel yang berdekatan dengan rumah,”

Shaheizy Sam

Sementara itu, biarpun terpaksa menunda majlis yang dirancang, Sam dan isterinya, Syatilla Melvin mengadakan sesi live dalam Instagram. Sam berada di negeri bawah bayu selama lima hari atas urusan keluarga.

“Biarpun terpaksa berada dalam tempoh kuarantin, itu tidak menjadi penghalang untuk saya berkongsi apa yang ingin ditawarkan.

“Tidak hanya itu, kami ada beberapa kejutan dengan pemberian hadiah kepada pelanggan yang memberikan manfaat,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur melihat aksi Tilla merindui suaminya yang hanya boleh dilihat dari jauh. 

“Untuk kebaikan semua orang, semoga Sam sihat,” komen seorang wargamaya.  “Hahaha mesti rindu gila,” kata seorang wargamaya.

“Bagus-bagus, kena kuarantin la kalau sayang family anak bini ibu ayah semua,” ujar seorang wargamaya.

“Sabar-sabar, semoga semuanya baik-baik sahaja,” tulis seorang wargamaya.

“Alaa kesiannya, sama-sama kita berdoa Sam sihat dan berjaya habiskan tempoh kuarantin,” pinta seorang wargamaya lagi.

Syatilla dan Sam yang mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

 Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Bersyukur Andai Ditakdirkan Harris Jodoh Saya,” – Intan Ladyana

“KKM Akan Jalankan Penilaian Risiko Dan Lokaliti Sebelum Tutup Pusat Beli Belah,” – Dr Hisham