in ,

KJ & Tengku Zafrul Digelar Menteri Paling ‘Fit’ Dalam Kabinet Baru

Selepas pengumuman barisan jemaah menteri yang bakal menguruskan kabinet negara semalam, beberapa nama individu berpengaruh telah disebut-sebut.

Sudah tentu ramai yang gembira apabila Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar kembali beraksi dalam barisan kementerian. Pesona Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ini bukan sahaja diakui oleh para penyokong, malahan hampir keseluruhan rakyat Malaysia.

Namun, kali ini, Menteri Kewangan yang baru dilantik, YBM Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz turut mencuri tumpuan warganet kerana merupakan seorang pelari jarak jauh yang kerap menyertai marathon di seluruuh dunia.

KJ & Tengku Zafrul Digelar Menteri Paling 'Fit' Dalam Kabinet Baru

Menteri Paling Fit Setakat Ni

Menteri paling fit dalam barisan Menteri Kabinet Tan Sri Muhyiddin. Kedua-duanya adalah triathlete tegar yang tak kurang hebatnya.

Tengku Zafrul finisher 6 World Marathon Majors & Ironman Finisher. KJ Half Ironman & Powerman Long Distance finisher . Don’t play play

Bukan Biasa-Biasa Dua Orang Ni

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna telah menyatakan bahawa menteri-menteri di dalam kabinet baharu turut hebat dalam bersukan kerana fit serta aktif di luar bidang kerja.

Umum sedia maklum bahawa Khairy Jamaluddin atau KJ sudah beberapa kali menyertai saingan 70.3 km Ironman dan berjaya menghabiskannya. Manakala, Tengku Zafrul sudah 6 kali menghabiskan saingan marathon dunia yang disertai.

KJ & Tengku Zafrul Digelar Menteri Paling 'Fit' Dalam Kabinet Baru

Jangan Diorang Ajak Lari Marathon Baru Budget Lulus

Senang kata, kedua-dua figura hebat ini merupakan individu yang fit serta aktif dalam melakukan aktiviti kecergasan. Keduanya sudah tentu menjadi idola anak-anak muda yang gemar mengikuti aktiviti sebegitu.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Twitter dengan berasa kagum dengan kedua-duanya.

Menteri KBS Baru Fit Tak?

Namun ada juga yang mengusik mengenai Menteri Belia dan Sukan yang baharu adakah sama fit seperti kedua-dua menteri ini?

KJ & Tengku Zafrul Digelar Menteri Paling 'Fit' Dalam Kabinet Baru

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viral Gulai Perut Ayam Kampung Laris Dijual

Ezad Lazim & Zeana Ramli Bersanding Sekali Lagi Pada 29 Mac 2020