in ,

Kes Siasatan SPRM Akan Selesai – Sharnaaz

“Minta maaf, saya tak boleh komen apa-apa mengenai soal siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tetapi, apa yang boleh dikatakan, ia akan selesai secepat mungkin dan semuanya berjalan dengan baik, insya-Allah,” kata pelakon Sharnaaz Ahmad berhubung dakwaan dipanggil SPRM, baru-baru ini.

Ditanya adakah ia memberi kesan kepada perniagaan kedai minuman yang diusahakannya, pelakon filem Jebat itu menolak pertanyaan dengan baik bagi menghormati sidang temubual secara virtual drama terbaharu, Isteri Misteri, Selasa lalu.

Sebelum ini, Sharnaaz atau nama sebenar, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, pernah memberitahu BH Online, dia bersedia memberi kerjasama jika dipanggil SPRM bagi membantu siasatan bagi kes pengubahan wang haram sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz akan tampil dengan drama komedi 10 episod terbitan Primeworks Studio dengan kerjasama platform Viu, Isteri Misteri yang akan bersiaran mulai 25 November ini.

Sharnaaz berkata, dia tidak menjalani apa-apa penggambaran dan hanya fokus pada perniagaan, buat masa ini.

“Saya akan kembali ke lokasi penggambaran, bulan depan disebabkan saya sedang fokus dengan perniagaan.

“Lagipun, banyak penggambaran drama yang ditangguhkan berikutan perlu ke luar Kuala Lumpur seperti Pulau Pinang, Perlis dan sebagainya. Saya tak nak sebab tak boleh berjauhan dengan anak. Jadi, saya terpaksa menolak tawaran.

“Saya nak jumpa anak setiap hari, tak kira hujan atau panas,” kata bapa kepada Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia dua tahun itu.

*Sumber: BH Online

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Halang Jual Minuman Keras, Malaysia Akan Menjadi Seperti Taliban, Kata Siti Kasim

Karyawan Desak Sheila Majid Letak Jawatan Pengerusi Recording Performers Malaysia