in

Ini Senarai Lagu Gegar Vaganza 5 Minggu 3

Jangan lupa temujanji anda untuk menonton Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 5 (Minggu Ketiga) pada 14 Oktober 2018 (Ahad), jam 9.00 malam di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.

Konsert kedua ‘GV5’ bertemakan ‘Dalam Diam Ku Menyintaimu’ Ahad lalu menyaksikan penyingkiran Safura yang merupakan bintang pertama meninggalkan pentas ‘GV5’ apabila menerima markah terendah sebanyak 39.8% daripada pihak juri.

Beliau yang membawakan lagu ‘Diari Biru’ nyanyian asal oleh Mya Ruslee mengakui telah melakukan sedikit kesilapan sewaktu persembahan pada malam tersebut.

Dalam pada itu, Noryn Aziz menebus kelemahan minggu lalu menerusi penjiwaan mantap dan vokal yang cemerlang ketika menyampaikan lagu ‘Tauma’ sekaligus meletakkan beliau di kedudukan juara mingguan dengan markah tertinggi sebanyak 81.9%.

Untuk konsert pusingan ketiga yang bertemakan ‘Tema Lain Macam, bintang-bintang ‘GV5’ diberi cabaran untuk menyanyikan lagu-lagu hits yang bukan forte mereka bagi menampilkan versataliti dalam persembahan.

Amelina bakal menyanyikan lagu ‘Segalanya Pasti’ yang dipopularkan oleh Aida Agil, Zamani (This Love oleh Maroon 5), Shafie Rio (Yang Penting Hepi oleh Jamal Mirdad), Mya Ruslee (I Have Nothing oleh Whitney Houston), Dia Fadila (Dondang Dondeng oleh Noraniza Idris), Forteen (Suci Dalam Debu oleh Iklim), Hetty Sarlene (Pawana oleh Search), Farawahida (Lagu Rindu Merindu oleh Fauziah Idris), Noryn Aziz (Kabut Serangkai Mawar oleh Zaiton Sameon), Billy Zulkarnain (Mahakarya Cinta oleh Faizal Tahir) dan Elite (Ku Bahagia oleh Melly Goeslaw).

Jangan lupa temujanji anda untuk menonton Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 5 (Minggu Ketiga) pada 14 Oktober 2018 (Ahad), jam 9.00 malam di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab AirAsia Bekerjasama Dengan Google Cloud

Aishah Enggan Minta Maaf Kepada DSV