in , ,

Siti Nordiana Tampil Dengan Baju Berlampu Persis Aina Abdul di Semi Final ASGV

Mendapat pujian daripada juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat, peserta program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Siti Nordiana bagaimanapun turut mencuri perhatian penonton menerusi busana yang digayakan pada persembahannya malam tadi.

Menggayakan imej rock sesuai tema yang ditetapkan pada minggu separuh akhir ini, penyanyi yang dikenali sebagai Nana ini mendapat tepukan gemuruh daripada penonton menerusi busana berlampu yang disifatkan kreatif oleh peminatnya.

Meninjau di ruangan platform X, ramai kalangan peminat menyifatkan Nana berani menggayakan busana tersebut sekali gus menyaksikan kelainan daripada penyanyi kelahiran Sendayan, Negeri Sembilan, tersebut.

Pun begitu, ada yang menyifatkan penampilan Nana itu agak berlebihan dan seolah-olah ingin bergaya seperti penyanyi yang sinonim dengan imej sedemikian, Aina Abdul.

Pada minggu separuh akhir, Nana ditugaskan membawa lagu Sudah Ku Tahu nyanyian asal Projector Band serta Hampa Hatiku daripada kumpulan Ungu.

Menurut Syafinaz, persembahan Nana memperlihatkan peningkatan dalam dirinya sebagai peserta ASGV sekali gus menyaksikannya berani mencabar diri.

“Nana sudah diberi banyak kali peluang dan menerusi persembahan kali ini, saya tengok Nana sudah semakin berani mencabar diri. Untuk malam ini, saya suka dengan keseluruhan persembahan awak.

“Boleh nampak ada warna pada persembahan Nana. Awak telah memberikan satu pengakhiran yang bagus untuk lagu yang dibawakan. Satu persembanan yang meyakinkan,”

– Siti Nordiana

Rancangan popular itu menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz.

Konsert GV10 diacarakan trio pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Sharif & Syaiful Zero Dinobatkan Juara Famili Duo Musim Ke-3

ME’NATE STEAK HUB

Me’nate Steak Hub Sumbang RM300K Kempen Dine & Donate For Palestine