in , ,

Tahniah! Jaclyn Victor Dinobat Jadi Juara All Stars Gegar Vaganza

Bekas juara Gegar Vaganza musim kesembilan, Jaclyn Victor, 45, muncul juara program realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada konsert akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Susulan kemenangan itu, Jaclyn atau lebih akrab disapa Jac menerima hadiah wang tunai RM200,000, trofi dan hadiah sampingan lain.

Buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran Gegar Vaganza, tiada pemenang tempat kedua dan ketiga diumumkan kali ini

Pada persembahan itu, pemilik vokal mantap itu menyanyikan lagu When You Believe dendangan asal Mariah Carey dan Whitney Houston.

Kemantapan vokal Jaclyn yang juga juara Gegar Vaganza musim kesembilan itu, sekali lagi memukau juri dan penonton ketika membuat persembahan duet bersama Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu Sandarkan Pada Kenangan.

Jaclyn Victor Dinobat Jadi Juara All Stars Gegar Vaganza

Jaclyn turut berduet dengan Datuk Jamal Abdillah menyanyikan lagu Sandarkan Pada Kenangan, manakala untuk segmen battle, bekas juara Malaysian Idol musim pertama itu mendendangkan lagu Let’s Kill This Love dendangan asal kumpulan Blackpink.

Semua finalis tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing menerima wang tunai bernilai RM10,000, trofi dan hadiah sampingan lain.

Untuk kategori Khas Anugerah Pilihan Boss Susu, ia dimenangi oleh penyanyi Naqiu.

Jaclyn Victor Dinobat Jadi Juara All Stars Gegar Vaganza

Pada konsert final, semua peserta diberikan tiga tugasan, persembahan secara solo, berduet dengan penyanyi undangan dan segmen battle.

Pengkritik dibarisi juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri undangan, Ratu Rock, Ella.

Sementara menunggu keputusan diumumkan, penonton dihiburkan dengan persembahan Hael Husaini.

ASGV dikendalikan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Liza Hanim, Kamu Layak Jadi Juara,” – Hetty Koes Endang

“Harap Allah Ambil Juna Lekas-Lekas,” – Fynn Jamal Akui Tak Minat Hidup Lama