in

Ibu Ifa Raziah Meninggal Dunia

Ibu Ifa Raziah Meninggal Dunia Malam Tadi

Salam takziah buat Ifa Raziah atas berita sedih yang menimpa dirinya. Semoga ruh arwah ditempatkan bersama kalangan orang yang beriman.

3967607836 Ea09Bedd68 O | 4

Ifa Raziah

KUALA LUMPUR: Ibu kepada penyanyi dangdut dan pelakon popular Ifa Raziah iaitu Maimunah Ahmad, 56, meninggal dunia kira-kira pada pukul 7 malam semalam di Hospital Kangar, Perlis kerana komplikasi penyakit buah pinggang.

Ifa ketika dihubungi mStar Online tidak terkilan dengan kematian ibunya itu kerana telah menunaikan hasrat arwah sewaktu hayatnya.

Kata Ifa, dia tidak sempat untuk berada di sisi Allahyarham ketika ibunya menghembuskan nafas terakhir kerana terikat dengan jadual penggambaran.

“Walaupun saya tidak sempat berada di sisi ibu pada waktu itu tetapi saya redha dan menerima kematiannya dengan tabah. Syukurlah suami dan keluarga yang lain ada di sisi arwah walaupun saya tidak sempat.

“Memang tak dinafikan perasaan sedih ketika adik saya memaklumkan berita itu semasa saya sedang berada di lokasi.

“Apa-apa pun saya tidak terkilan kerana saya sempat berbual dengan arwah melalui telefon tengah hari ini iaitu beberapa jam sebelum dia meninggal dunia,” katanya.

Tambah Ifa, komplikasi buah pinggang yang ditanggung oleh ibunya sejak bertahun-tahun lalu bertambah serius dan keadaannya semakin lemah hari demi hari.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halaman mereka di Felda Guar Napai, Kodiang tengah hari esok. [Mstar Online]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Liyana Jasmay & The Band di Pulau Perhentian Xpresi Kembara

Gambar Lisa Surihani di Malam Gala & Red Carpet Filem Kapoww