in

Liyana Jasmay & The Band di Pulau Perhentian Xpresi Kembara

LIYANA JASMAY & THE BAND BERSANTAI DI PULAU PERHENTIAN DALAM XPRESI KEMBARA

Liyana Jasmay bakal muncul bersama ahli band menerusi program traveloque popular, Xpresi Kembara untuk siaran 5 Jun ini, jam 12.31 tengah hari di TV1.

Penyanyi yang popular dengan lagu ’Aku Tak Percaya Cinta’ ini yang sibuk dengan penggambaran filem sempat meluangkan masa bersama ahli band yang selama ini banyak membantu Liyana Jasmay membuat persembahan di pentas. Bagi peminat Liyana jasmay, inilah masanya untuk mengenali karakter dan telatah Liyana Jasmay & the band dengan lebih dekat lagi.

Berlatarkan lokasi percutian menarik dan popular Pulau Perhentian, Xpresi Kembara yang bekerjasama dengan Shahrila Resort dan Leader Holidays ini akan memaparkan percutian Liyana Jasmay sambil mengajak penonton berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan pelakon yang disegani dari sisi lainnya bukan sebagai selebriti.

Peminat setia Liyana berpeluang menyaksikan anak muda kelahiran Kuantan, Pahang ini melakukan aktiviti menyelam scuba bersama ahli band. Kesempatan yang ada digunakan Liyana Jasmay & the band untuk belajar menyelam mengikut jarak yang ditetapkan.

Nampak mudah walaupun pada mulanya kerana jarak yang dberikan lebih kurang 3 meter. Tetapi bila mereka mula menyelam, keadaan terkawal kerana mendapat bimbingan daripada jurulatih yang sememangnya mahir. Menariknya di sini Liyana telah berjaya melakukannya dan berazam untuk ke sini lagi untuk aktiviti menyelam (scuba).

Kemudiannya aktiviti diteruskan dengan melakukan Snorkeling di Pulau Rawa dan Taman Laut yang juga salah satu aktiviti yang harus dicuba bagi sesiapa sahaja yang bercuti ke pulau-pulau di Malaysia. Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh Liyana jasmay & the Band apabila berkesempatan melakukan aktiviti menarik ini.

Pemandangan dasar laut dan juga batu karang yang indah membuatkan mereka begitu leka dan teruja sehingga lupa matahari semakin terbenam. Ikan-ikan yang jinak juga membuatkan Liyana jasmay & the Band tidak perlu pergi jauh untuk melihat hidupan laut beraneka jenis, bentuk dan warna. Ikan-ikan ini sangat jinak seperti dipelihara dan akan menghampiri mereka hanya dengan menabur cebisan roti di permukaan air.

Menariknya di Pulau Perhentian, mereka berpeluang untuk ke Turtle Spot. Setelah beberapa minit menunggu dan mendapat arahan dari pemandu bot, Liyana terus terjun untuk berpaut di atas penyu di dasar laut, namun usahanya gagal setelah penyu itu melarikan diri apatahlagi ini merupakan pengalaman pertama mereka melakukan aktiviti ini.

Dari lokasi penyu Liyana Jasmay terus dibawa ke Shark Spot, keberanian Liyana jelas kelihatan dan tidak mempercayai di laut Pulau Perhentian mempunyai jerung/yu. Namun setelah kelihatan seekor ikan yu sederhana besar, muka Liyana terus pucat dan ingin terus menaiki bot kerana ketakutan.

Sepanjang penggambaran Xpresi Kembara di Pulau Perhentian, Liyana Jasmay & the Band menetap di Sharila Resort, Pulau Perhentian Kecil. Sememangnya peluang sebegini sukar diperolehi memandangkan Liyana yang sememangnya sibuk di lokasi penggambaran dan ahli band yang mempunyai tugas sepenuh masa. ‘Terima kasih kepada Xpresi Kembara RTM yang bekerjasama dengan Sharila Resort dan Leader Holidays yang membawa Nana bersantai di Pulau Perhentian ini, ini antara detik detik manis Nana bercuti bersama ahli ahli band’ ujarnya lagi

Nantikan kemunculan Liyana Jasmay & the Band berkongsi memori manis mereka di destinasi percutian Pulau Perhentian pada 5 Jun 2010 (Sabtu ), jam 12.31 tengah hari hanya di TV1.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rentak Juara: Persembahan Enava Mengkagumkan

Ibu Ifa Raziah Meninggal Dunia