in , ,

HONOR Akan Lancar Siri HONOR Magic6, Magic V2 RSR di MWC 2024

HONOR Dominasi Pasaran Telefon Pintar Android Di China pada 2023

Jenama teknologi global HONOR, mengumumkan bakal menyertai Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol bulan depan. 

Di pameran tersebut, HONOR juga akan melancarkan dua rangkaian flagship di peringkat global, iaitu HONOR Magic V2 RSR dan HONOR Magic6 Series pada 25 Februari 2024, jam 9 malam waktu tempatan. Pameran ini akan strim secara langsung di Facebook HONOR Malaysia dan laman web rasmi HONOR. Jangan melepaskan peluang menyaksikan inovasi dan teknologi canggih yang mengujakan ini.  

HONOR Akan Lancar Siri HONOR Magic6, Magic V2 RSR di MWC 2024

Gambar: IDC

HONOR Di Tangga Pertama Dalam Pasaran Android China pada 2023

Dalam perkembangan lain, HONOR berada di kedudukan teratas dalam pasaran penghantaran Android di China pada suku keempat dan keseluruhan tahun 2023, lapor International Data Corporation (IDC).

HONOR Akan Lancar Siri HONOR Magic6, Magic V2 RSR di MWC 2024

Gambar: IDC

Menurut IDC, selepas mengharungi pemulihan pantas pada 2022, HONOR terus mengekalkan pertumbuhan kukuh pada 2023 dan kejayaan ini disebabkan penambahbaikan dalam saluran perkongsian dan strategi produk yang komprehensif. HONOR menembusi pasaran mewah dengan kejayaan rangkaian telefon boleh lipat dan juga menarik minat peringkat permulaan ke pertengahan menerusi pelbagai model yang popular. 

Pelancaran peringkat global HONOR Magic V2 RSR dan HONOR Magic6 Series boleh ditonton di https://www.hihonor.com/my/events/honor-mwc/

Untuk maklumat lanjut mengenai produk HONOR dan info terkini, layari https://bit.ly/HONORMagicV2PR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ARIEFF YONG

Fly FM Terima Kecaman Gara-Gara Umum Arieff Yong Sebagai Penyampai

Galaxy AI Mengubah Siri S Ikonik untuk Menjadikan Epik Setiap Hari Anda