in , ,

Hisyam Hamid Tampil Berlakon Dalam Video Klip Alyah

Sebut saja penyanyi Alyah, pasti ramai antara kita yang pantas terbayang akan klip-klip video lagu-lagu beliau yang sering menampilkan hero-hero masa kini pujaan ramai. Antaranya seperti klip video lagu hitsnya, ‘Kisah Hati’ yang menampilkan aktor pujaan ramai Remy Ishak.

Terkini, menerusi klip video single terbarunya ‘Sesal Separuh Jiwa’, ditampilkan pula aktor yang semakin meningkat naik namanya, Hisyam Hamid. Alyah ditemui semasa hadir di Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Album Havoc Raya anjuran Sony Music, bertempat di Menara TM.

hisyam-hamid-model

“Sebenarnya pemilihan aktor-aktor tersebut bukan keputusan saya seorang. Ianya hasil perbincangan bersama pengarah klip video saya iaitu Ghaz Abu Bakar bersama produksi. Kami berbincang dan masing-masing berikan idea. Kita tengok apa yang sedang popular sekarang, siapa yang tengah ‘in’ sekarang. Tambah bermakna klip video Sesal Separuh Jiwa ni adalah penampilan pertama saya dengan imejj berhiab. Dalam klip video tu saya cuba nak buktikan, walaupun bertudung tapi kita masih boleh selari dengan perkembangan fesyen masa kini.”

Ramadan tahun ini lebih bermakna buat diri Alyah kerana sejak 8 tahun bergelar penyanyi, ini kali pertama dia bercuti dalam bulan puasa. Justeru masa yag ada dimanfaatkan bbersama keluarga dan untuk dirinya sendiri.

“Ramadan tahun ini saya kurangkan aktiviti sebab nak luangkan masa untuk diri sendiri dan uga bersama famili. Ini cuti kali pertama saya dalam bulan ramadan berbanding 8 tahun lepas asyik sibuk saa dengan kerja”, katanya.

ALYAH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Castrol Celebrates 2014 FIFA World Cup

Anak Lelaki Linda Rafar Meninggal Dunia