in , ,

“Ingat Aku Ada Masa Ke Nak Fikir,” Datin Alyah Respon Pasal GV

Kalau sebut tentang rancangan Gegar Vaganza, sudah tentu ramai yang tahu tentang ketua juri iaitu Datuk Ramli Ms. Diimbas kembali, Datuk Ramli merupakan juri tetap dari season pertama sampailah ke season ke tujuh.

Sekarang ni, ramai peminat yang tak sabar nak tunggu tayangan season terbaru iaitu season ke lapan pula.

Antara yang ramai tertunggu ialah senarai para penyanyi yang bakal menjadi peserta musim terbaru ini. Khabarnya Gegar Vaganza musim ke 8 akan berlangsung pada hujung bulan November ini, pada 21 November.

Dek kerana itu, tiba-tiba isteri kepada Datuk Ramli Ms iaitu Datin Alyah pula jadi tumpuan. Ini kerana, ramai yang mula tanya Datin Alyah, nak tahu info terkini tentang Gegar Vaganza.

Antaranya seperti nak tahu siapa peserta, dan ada juga yang nak tiket untuk tengok Gegar Vaganza. Boleh pula ada pihak minta dari Alyah.

Ini luahan dari Alyah:

“Kamu semua ingat aku ni ada masa ke nak fikir siapa yang akan masuk Gegar Vaganza ni. Setiap kali Gegar Vaganza nak start, mesti ada tanya macam-macam kat aku. Ingat aku ada terlibat dengan GV ke.”

“Sebelum ini lagi teruk, siap ada yang nak dapatkan tiket konsert tengok Gv dari aku. Memang Datuk Ramli Ms ada kat situ namun bukan semua benda aku kena ambil tahu pasal GV tu. Minta jangan tanya lagi siapa yang sertai GV, bosan ye.”

– Datin Alyah

Kemudian Alyah sempat lagi bergurau, kalau-kalau dia yang masuk Gegar Vaganza.

“Nanti saya pula yang join GV. Tapi dah pasti aku akan jadi orang first yang tersingkir sebab suami ada dalam ranncangan itu, ini saya melawak saja ye.”

“Namun pesanan di atas itu, tentang jangan tanya pasal GV tu, saya betul-betul serius okey. Kalau nak tanya juga tentang Gegar Vaganza, boleh contact terus dengan pihak Astro.”

– Datin Alyah

Buat masa sekarang, belum ada hint siapa yang bakal sertai rancangan Gegar Vaganza musim ke 8 ini. Namun antara nama yang naik ialah Adibah Noor, Alif Aziz, Fazley Yaacob dan juga Bandi Amuk.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Aishah 2020 | 17

Puteri Aishah Bakal Bernikah Bulan Ini Selepas Saling Mengenali Dua Tahun

Nabilahmad | 18

Siapakah 14 Orang Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-8?