in ,

Anak Lelaki Linda Rafar Meninggal Dunia

Semasa Budiey berada di Glam Bazaar 2014 yang diadakan di Stadium Malawati petang semalam, Budiey menerima berita mengejutkan di mana anak lelaki kepada bekas ahli kumpulan Elite, Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 , disahkan meninggal dunia akibat ketumbuhan kronik dalam perut. Innalillah. Bermakna hari ini, ada dua kematian yang berlaku dalam industri. Walaupun berita ini melibatkan anak kepada selebriti, namun ia cukup terkesan pada kita semua. Sungguh menyayat hati dan berita ini cukup menyedihkan.

Salam takziah Budiey hulurkan buat seluruh keluarga Linda Rafar.

Selepas ke Glam Bazaar, Budiey terus ke Majlis Iftar Bersama Diva Azwan Ali & Anak Yatim yang juga kebetulan berlangsung di Shah Alam, di sana Budiey juga dapat merasakan kesedihan di mana Azwan Ali tak dapat mengelak sebak. Dengan kata-kata tersekat menahan sebak, Azwan Ali mengatakan Linda Rafar ada berjanji untuk hadir di majlis iftar namun, di atas berita ini, sudah tentu Linda tak dapat hadir.

Pemergian anak keduanya itu disahkan sendiri oleh Linda melalui laman sosial Instagramnya kira-kira jam 6 petang tadi.

Aktres itu telah memuat naik gambar anaknya beserta kapsyen

“Al-Fatihah… Moga anak mama tenang di syurga Allah.”

Memen

Menerusi aplikasi Whatsappnya kepada sebuah portal terkenal Astro Gempak, Linda mengesahkan anak kesayangannya itu meninggal dunia selepas Asar.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Seksyen 6, Shah Alam sebelum dikebumikan esok pagi. Terdahulu, Rezaimen atau lebih mesra dengan panggilan Memen menderita akibat penyakit ketumbuhan kronik dalam perut sekitar April tahun ini.

Pada dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikut laman sosialnya mendoakan kesihatan anaknya.

“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah Al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” tulisnya.

Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada rohnya dan semoga Allah SWT menempatkan dia di kalangan orang yang beriman. Amin.

Imageresize.ashx-3

Rezaiman Syed Aiman.jpg

Linda-Rafar-620X350

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hisyam Hamid Tampil Berlakon Dalam Video Klip Alyah

Iftar Angkasawan Bersama Rumah Titian Kaseh di Pullman Bangsar