in , ,

GoPro Hero9 Black Berharga RM2099 di Malaysia

GoPro Hero9 Black baru sahaja dilancarkan secara rasmi dan kini, pihak GoPro telah berkongsi lanjut mengenai penawarannya untuk pasaran tempatan.

Bermula sebagai ura-ura, nampaknya GoPro HERO 9 Black berjaya dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Kehadiran model ini secara tidak langsung berjaya meletakkan GoPro HERO 9 Black sebagai action camera terbaik pengguna boleh dapatkan di pasaran ketika ini melalui fungsi terbaharu yang tersedia.

Bagi yang berminat, GoPro Hero9 Black dijual di Malaysia pada tanda harga RM2,099 untuk seunit dan ia boleh didapatkan bermula hari ini. Pada masa sama, GoPro Hero9 Black turut hadir dengan sejumlah aksesori menarik terbaru termasuk Max Lens Mod, Media Mod, Display Mod dan Light Mod bertujuan meningkatkan lagi tahap kestabilan pada video. Buat masa ini, harga untuk Max Lens Mod dan Media Mod belum diumumkan. Manakala, Display Mod serta Light Mod pula masing-masing dijual pada harga RM399 dan RM249.

GoPro Hero9

Pada tahun ini, GoPro HERO 9 Black telah meningkatkan kualiti video mereka dengan penyertaan sokongan resolusi sehingga 5K pada 30fps. Bukan itu sahaja, para pengguna turut berpeluang merakam resolusi 4K pada 60fps dan 1080p pada 240fps.

Untuk ketersediaan kesemua aksesori ini, Max Lens Mod, Media Mod dan Display Mod akan ditawarkan di pasaran Malaysia sekitar suku keempat tahun ini. Manakala, Light Mod pula kini telah sedia ditawarkan di Malaysia menerusi sejumlah pengedar sah yang terpilih.

Penyertaan kamera 20-megapixel turut membolehkan pengguna merakam live streaming pada resolusi 1080p. Sokongan kalis air sehingga 10 meter masih lagi dikekalkan.

Apa yang membuatkan GoPro HERO 9 Black lebih unik adalah penawaran skrin berwarna pada bahagian hadapan membolehkan perakam melihat paparan rakaman melalui skrin yang tersedia. Berdasarkan fungsi yang ditawarkan, kami yakin model ini akan laku keras khususnya di kalangan para vlogger.

Sebuah lagi teknologi baharu yang bakal diperkenalkan adalah HyperSmooth 3.0 dimana para pengguna berpeluang merakam dengan lebih baik seolah menggunakan gimbal.

Saiz kapasiti bateri buat GoPro HERO 9 Black turut ditingkatkan kepada 1,720mAh daripada 1,220mAh membolehkan model ini menawarkan 30% lebih ketahanan.

Penyertaan charging dock turut membolehkan pengguna mengecas dua bateri secara serentak. GoPro HERO 9 Black sedia ditawarkan dengan harga RM2,099.

Sebuah perubahan yang besar ditawarkan GoPro buat model HERO pada kali ini berbanding pelancaran model-model sebelum ini sekaligus membuatkan model ini berbaloi dimiliki.

GoPro Hero9 Black merupakan kamera aksi bersaiz kompak. Ia hadir  dengan skrin bersaiz 1.4-inci dihadapan yang menawarkan panel berwarna. Selain itu, ia juga hadir dengan sokongan sensor kamera 23.6-Megapixel. Melaluinya juga, pengguna boleh merakam gambar pada resolusi 20MP, selain turut menggunakannya untuk rakaman video pada kadar resolusi 5K/30p.

*Sumber: Portal Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Andi Bernadee Lancar Single Berentak Balada Berjudul PENAT

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sepakat Selesai Tuntutan