in , ,

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sepakat Selesai Tuntutan

Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya Noor Nabila Mohd. Noor akhirnya menemui jalan damai apabila kedua-duanya bersetuju dengan tuntutan yang dimeterai dalam satu perjanjian penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini. 

Pelakon, Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri, Noor Nabila mencapai kata sepakat dan bersetuju dengan tuntutan yang dimeterai dalam perjanjian penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Tuntutan yang dimeterai melalui surat ditandatangani kedua-dua pihak membabitkan nafkah edah, hadanah atau hak penjagaan dan nusyuz yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamed Fauzi Mokhtar.

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sepakat Selesai Tuntutan
Sharnaaz dilihat keluar dari kamar persidangan mahkamah diikuti bekas isterinya, Nabila. Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Dalam prosiding itu, peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Nabila selaku plaintif, mengemukakan pihak defendan iaitu Sharnaaz bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM500 selama tiga bulan.

“Selain itu, defendan juga bersetuju untuk memberi nafkah anak sebanyak RM1,200 sebulan.

Hak penjagaan anak turut diberikan kepada Nabila termasuk memberi kebenaran kepada Sharnaaz berjumpa anak mereka serta tuntutan nusyuz dibatalkan.

“Nabila juga bersetuju mengetepikan tuntutan mutaah kecuali sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail yang dipindah milik kepadanya,”

Peguam Ummi Kartini Abd Latif yang mewakili Sharnaaz turut mengesahkan dan bersetuju dengan terma dikemukakan.

Selepas terma dibacakan, Hakim Syarie Mohamed Fauzi bertanya kepada Sharnaaz dan Nabila apakah mereka bersetuju dengan perjanjian terbabit. Mereka bersetuju dan menerimanya sukarela termasuk tiada paksaan daripada mana-mana pihak.

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sepakat Selesai Tuntutan
Sharnaaz dan Nabila masing-masing setuju menyelesaikan tuntutan demi masa depan anak mereka, Jebat Jayden. Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Sementara itu, Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor ketika ditemui lega apabila proses berakhir dengan baik.

“Saya lega apabila proses perceraian dan hak penjagaan anak sudah selesai. Jadi, tidak perlu saya datang ke mahkamah lagi. Sebab perkara seperti ini mengambil tenaga kita dan memberi kesan kepada emosi.

“Jujurnya, saya terganggu, setiap kali hendak datang sini, saya berat hati. Insya-Allah, hari ini adalah kali terakhir saya datang ke sini.

“Alhamdulillah, semua sudah diselesaikan dengan baik. Saya dan Sharnaaz akan terus berbaik untuk anak kami,”

– Noor Nabila Mohd Noor

Sharnaaz juga bersyukur kerana kes dengan bekas isteri akhirnya selesai selepas kedua-dua peguam berbincang dan bersepakat menyelesaikannya.

“Keutamaan kami sekarang adalah Jebat. Walaupun kami tidak boleh meneruskan hubungan sebagai suami-isteri, tapi kami masih berkawan.

“Dahulu pun kami asalnya berkawan. Saya hendak terus berkawan dengan dia. Kalau gaduh pun tidak guna kerana yang mendapat kerugian adalah Jebat,” katanya.

– Sharnaaz
Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sepakat Selesai Tuntutan

Sementara itu Noor Nabila mendedahan dia ‘dihujani’ dengan pelbagai mesej daripada orang ramai yang bertanyakan mengenai isu penceraian.

Menurut Nabila, antara yang sering ditanyakan adalah bagaimana dia masih kuat untuk berdepan dengan bekas suami, Sharnaaz Ahmad.

“Bagi saya pertama sekali kita kena clearkan apa yang kita nak dalam hidup.

“Kalau anak keutamaan, kita fokuskan hal itu dan clearkan dengan bekas suami. Teruskan hidup jangan ada marah atau dendam.

“Tak bagus untuk kesihatan kita, hari-hari bangun emosi. Tak baik juga untuk anak-anak,” katanya.

– Noor Nabila

Menurut Nabila lagi, selain bertanyakan mengenai halnya dengan Sharnaaz, orang ramai juga kerap bertanyakan bagaimana untuk melalui proses penceraian.

Ramai DM (direct message) di Instagram tanya macam mana nak cerai. Nasihat saya janganlah cerai kalau benda tu sikit-sikit atau hal kecil.

“Tak payah lah, selesai dulu. Artis pun ada DM saya, if artis lagi lah jangan. 

“Jangan datang mahkamah, benda ni akan jadi besar. 

“Kalau kita buat keputusan drastik, benda ni memang tak boleh settle,” katanya.

Nabila berkata demikian ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Kehadiran Nabila serta Sharnaaz itu bertujuan memerterai satu persetujuan termasuklah kes berkaitan pembatalan kes nusyuz, hadanah (hak penjagaan) dan nafkah edah.

Sharnaaz dan Nabila yang juga ahli perniagaan, bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang berusia dua tahun.

*Sumber: BH Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

GoPro Hero9 Black Berharga RM2099 di Malaysia

Selesai Jalani Prosedur Endoskopi, Neelofa Sakit Apa?