in , ,

Google Akan Tamatkan Pengeluaran Model Pixel 5 & Pixel 4a

Belum pun menginjak usia setahun, Pixel 5 telah disahkan bakal ditamatkan penawarannya disamping sebuah lagi model iaitu Pixel 4a.

Pengesahan ini dibuat oleh jurucakap Google kepada Digital Trends yang mana syarikat itu menjangkakan, stok kedua-dua model itu akan dihabiskan untuk tempoh beberapa minggu mendatang.

Ia bukanlah perkara yang mengejutkan, memandangkan spesifikasi Pixel 5a merupakan model pengganti kepada Pixel 4a. Berkenaan dengan Pixel 5 pula, Google sedar ia tidak berada dalam kelas andalan (flagship), dan untuk itu penamatan dilihat untuk memberi lebih fokus kepada tawaran yang mampu bersaing dengan peranti premium dari Apple dan Samsung.

Google Akan Tamatkan Pengeluaran Model Pixel 5 & Pixel 4a

Peranti kelas andalan seterusnya daripada Google adalah Pixel 6/6 Pro yang mana dijangka pengenalannya dibuat sekitar September ke November depan.

Oleh kerana Google sejak beberapa tahun ini tidak bersaing dalam kelas premium, dibayangkan bahawa Pixel 6 dan 6 Pro akan dilletakkan pada tanda harga yang lebih mahal berbanding tawaran sedia ada.

Berkemungkinan melebihi paras ~RM3300 jika dibandingkan dengan peranti dari Apple dan Samsung. Imbas kembali kepada laporan sebelum ini, model generasi baru mungkin tampil dengan skrin OLED 6.4 inci (FHD+/90Hz) dan 6.7 inci (QHD+/120Hz).

Menariknya juga, kita bakal melihat penggunaan cip tersendiri daripada Google iaitu Tensor. Bukannya Snapdragon 880 atau 870 yang biasa kita lihat pada kebanyakan peranti andalan ketika ini.

Difahamkan juga, melalui cip baharu itu Google mampu memberikan kemaskini sehingga 5 tahun kepada Pixel 6.

*Sumber: Wiser

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kolaborasi Pelitup Muka Ejen Ali x Durio Kini Boleh Dibeli di Shopee & Lazada

Mahu Menang Wang Tunai? Sertai Peraduan I-ERA Mulai 23 Ogos Ini