in , ,

Kolaborasi Pelitup Muka Ejen Ali x Durio Kini Boleh Dibeli di Shopee & Lazada

Lawanan Pandemik Masih Berlangsung, Ejens, Jom Pakai Pelitup Muka!

Durio telah berkolaborasi dengan Ejen Ali, siri animasi popular Malaysia yang dihasilkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd dan WAU Animation Sdn Bhd, untuk melancarkan pelitup muka pembedahan 4-lapis kanak-kanak bertema Ejen Ali. Hebat dan penuh aksi, pelitup muka Ejen Ali menampilkan watak-watak heroik yang disukai ramai dalam filem dan siri TV yang popular ini. Kisah Ejen Ali mengisahkan seorang budak lelaki yang secara tidak sengaja menjadi ejen MATA selepas menggunakan alat perisik, IRIS, milik agensi perisik MATA. Dia kemudian mendapati bahawa dia direkrut sebagai ejen rahsia sambil berusaha meneruskan kehidupan hariannya yang kian huru-hara.

Sejak siarannya di TV3 pada tahun 2016, Ejen Ali telah ditayangkan di lebih dari 50 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika Utara, serta benua kecil India, China dan Amerika Utara. Tanyangan perdana ‘Ejen Ali The Movie’ pada 2019 mendapat kutipan lebih RM30 juta di box office selepas enam minggu di pawagam. Ia adalah filem terlaris ketiga sepanjang masa di Malaysia dan filem animasi terlaris No.1 setakat ini.

Menyeronokkan lagi kehidupan kanak-kanak di seluruh Malaysia, pelancaran reka bentuk baru Ejen Ali x Durio Pelitup Muka Pembedahan berdasarkan animasi pendek Ejen Ali berjudul Misi: Juang yang ditayangkan pada Disember 2020 di TV3 dan YouTube.

Dua Pelitup Muka Yang Unik

Ada dua reka bentuk pelitup muka berbeza iaitu EJA1 dalam kotak biru dan EJA2 dalam kotak merah yang menampilkan watak utama Ejen Ali dan motif logo Ejen Ali. Pelitup muka tersebut mencapai penapisan maksimum BFE> 99% dan PFE> 98%, perlindungan ASTM F2100 Tahap 3, dan EN14683 Jenis IIR. Ia menawarkan ciri-ciri menarik seperti Keupayaan Nafas Terbaik, Gelung Telinga Tahan Lama & Rata, Perlindungan 4-lapis, Tiada Reaksi Allergi (Hypoallergenic), dan Keselesaan Terjamin. Tambahan pula, setiap kotak dilengkapi dengan sarung penyimpan pelitup muka Ejen Ali dan harganya RM39.90 setiap kotak sahaja.

Peminat Ejen Ali boleh mendapatkan pelitup muka pembedahan kanak-kanak 4-lapis ini di kedai rasmi Durio dalam talian iaitu Shopee – https: //shopee.com.my/durioppe dan kedai runcit utama sekarang. Bertindak Segera – turuti kata-kata semangat Ejen Ali dan dapatkan perlindungan pelitup muka terbaik untuk kanak-kanak.

Semasa pandemik ini, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka untuk mengamalkan kebersihan, menjaga kesihatan dan kekal selamat dengan rangkaian produk baru yang bertema Ejen Ali. Produk lain bertemakan Ejen Ali yang terdapat di pasaran termasuk sabun mandian dan cecair pembasmi kuman berjenama Dr. Mama dan Carrie BacBuster. 

Kolabirasi Pelitup Muka Ejen Ali x Durio Kini Boleh Dibeli di Shopee & Lazada

Durio, Menjamin Hidup Sempurna

Durio PPE Sdn Bhd merupakan pengeluar terbesar pelitup muka dan kain lapisan tengah (melt-blown) di Malaysia dan sangat komited terhadap kualiti dengan mengkhususkan kecekapan penapisan tinggi dan keselesaan aliran udara pada pelitup muka. Melindungi kesihatan masyarakat dan menjamin hidup sempurna adalah falsafah dan inspirasi kejayaan Durio. Pelitup muka pembedahan Durio telah diperakui dengan kadar penapisan bakteria BFE 99% dan kadar penapisan zarah PFE dengan rintangan aliran udara terendah.

Menggunakan 100% kualiti terbaik polipropilena (polypropylene), malahan ditambah dengan 30 barisan pengeluaran pelitup muka automatik syarikat telah membolehkan Durio menghasilkan dua juta pelitup muka setiap hari. Setiap helai pelitup muka Durio dihasilkan dalam persekitaran yang terkawal dan memenuhi taraf pensijilan ISO-13485. Durio menonjol dengan 4 unit barisan pengeluaran 1.6m canggih yang dapat mencapai 240 metrik tan kapasiti bulanan dan 240 juta keping pengeluaran pelitup muka. Durio juga membekalkan kain peleburan yang dicas secara elektrostatik kepada pengeluar pelitup muka tempatan yang lain.

Durio memastikan kualiti tertinggi dengan kain bukan tenunan (non-woven fabric) kalis air di luar, kain lebur elektrostatik (electrostatic melt-blown) di tengah dan kain bukan tenunan penyerap (absorbent non-woven fabric) dalaman, termasuklah gelung telinga serta jalur hidung. Bagi lapisan luar kalis air, ia berfungsi untuk menahan cecair dan titisan air, manakala lapisan tengah menggunakan kain lebur elektrostatik Durio tersendiri yang dapat menyerap virus, bakteria dan zarah-zarah dengan berkesan sehingga 99%. Seterusnya, lapisan kain bukan tenunan di dalam pelitup muka pula dapat menyerap air liur dan kelembapan serta mengurangkan geseran pada kulit.

Kolabirasi Pelitup Muka Ejen Ali x Durio Kini Boleh Dibeli di Shopee & Lazada

Pengawalan kualiti yang ketat

Antara pengiktirafan yang diperoleh Durio PPE Sdn Bhd adalah Sijil CE Eropah, pendaftaran FDA AS (Pentadbiran Makanan & Dadah), Sistem Pengurusan Kualiti Peranti Perubatan ISO 13485: 2016, Lesen Penubuhan MDA dan Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan serta Institut Piawaian dan Industri Malaysia (SIRIM). Selain itu, produk pelitup muka Durio juga mencapai tahap perlindungan EN 14683: 2019 Jenis IIR.

Sentiasa Selamat dengan Pelitup Muka Durio

Koleksi pelitup muka Durio merangkumi pelitup muka 3 lapisan dan 4 lapisan, pelitup muka lipatan tiga dimensi (3D) taraf KN95 dan N95 untuk petugas hadapan, pelitup muka pembedahan 3 lapisan seperti pelitup muka berwarna biru 501, pelitup muka berwarna 502, pelitup muka ‘I Love MY’ 531, dan pelitup muka kanak-kanak 503. Pelitup muka pembedahan 4 lapisan termasuk pelitup muka putih ‘Comfort Plus’ 541, pelitup muka karbon aktif 542, pelitup muka bercorak Batik 543, dan pelitup muka berwarna Trendy 545. Harganya bermula dari RM15.00 hingga RM33.90 sekotak. Durio juga menyediakan perkhidmatan pelitup muka yang direka khas dan pelitup muka OEM berjenama.

Selain kedai dalam talian Shopee dan Lazada, pelitup muka Durio boleh dibeli di Watsons, BIG Pharmacy, AM PM Pharmacy, Giant, Jaya Grocer dan Cold Storage.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Mungkin Sebab Saya Sahaja Keluar Bekerja & Beli Barang Rumah,” – Sharifah Shahirah

Google Akan Tamatkan Pengeluaran Model Pixel 5 & Pixel 4a