in , ,

Mahu Menang Wang Tunai? Sertai Peraduan I-ERA Mulai 23 Ogos Ini

Teka suara artis pun boleh menang sejumlah wang tunai tau! Mungkin ini asbab untuk anda dapat rezeki di era Covid ni.

Betul ke ini? Teka suara artis pun boleh menang wang tunai ke? I-ERA bakal menemui semua pendengar setia ERA bermula 23 Ogos 2021 ini dengan meneka suara artis sahaja.

Pendengar hanya perlu meneka suara selebriti yang menyebut I-ERA dan berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM150.

Mudah sahaja! Anda hanya perlu menjadi pemanggil terpantas dengan menghubungi 03-95433355 selepas isyarat memanggil ke udara.

Peraduan ‘I-ERA’ dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan peserta perlu mendengarkan ERA menerusi aplikasi SYOK atau di udara, untuk mendapatkan maklumat sebelum menyertai peraduan ini.  

Mahu Menang Wang Tunai? Sertai I-ERA Mulai 23 Ogos Ini

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk sertai peraduan ‘I-ERA’ di udara: 

Perserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

Personaliti ERA akan memainkan suara selebriti yang menyebut perkataan ‘I-ERA’.

Peserta perlu meneka suara selebriti tersebut dengan jawapan yang betul.

Setiap jawapan yang betul akan berjaya membawa pulang wang tunai RM150 dan nilai tersebut akan digandakan untuk jawapan yang salah. 

Peserta juga boleh mendapatkan pembayang menerusi laman media sosial Facebook dan Instagram ERA.

Peraduan ‘I-ERA’ dibawakan oleh jenama radio ERA dan Baju Kurung Hasnuri. Dapatkan maklumat lanjut berkaitan ‘I-ERA’ menerusi laman rasmi ERA dan ikuti ERA di laman-laman media sosial seperti dibawah. 

Teka dengan betul suara selebriti mana yang sebut perkataan ‘I-ERA’ dan ia termasuk semua selebriti Malaysia, lelaki ataupun wanita.

Jika jawapan anda betul dan tepat, wang tunai RM150 menjadi milik anda tetapi jika tekaan anda salah, wang tunai akan digandakan di segmen seterusnya.

Jangan lupa ikuti kami di laman media sosial kami Facebook @era.je dan Instagram @era.jeuntuk mendapatkan klu siapa selebriti yang menyebut ‘I-ERA’.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Google Akan Tamatkan Pengeluaran Model Pixel 5 & Pixel 4a

Senarai Program Sempena Kemerdekaan di TV3, TV9, 8TV & ntv7 Tahun 2021