in

Rasai Pengalaman Pelayaran Bertemakan Filem HOTEL TRANSYLVANIA 3: A MONSTER VACATION

USAHA SAMA DREAM CRUISES DENGAN SONY PICTURES ANIMATION

MELANCARKAN PELAYARAN YANG BERTEMAKAN FILEM ANIMASI HOTEL TRANSYLVANIA 3: A MONSTER VACATION

Bertemu dengan Drac serta watak-watak filem yang lain di atas kapal pelayaran Genting Dream dan World Dream

Dream Cruises - Drac _ Murray at Sea_2

Dream Cruises berusaha-sama dengan Sony Pictures Animation untuk melancarkan pelayaran istimewa yang bertemakan filem animasi Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation di atas kapal pelayaran Genting Dream (berpengkalan di Singapura) dan World Dream (berpengkalan di Hong Kong & Nansha, Guangzhou). Para pelancong dari Malaysia boleh memilih sama ada berlepas dari pelabuhan di Singapura, Hong Kong atau Nansha (Guangzhou), atau memilih pakej-pakej ‘Fly-Cruise’ yang tersedia ada ke Hong Kong.

Bermula dari sekarang hingga 31 Ogos 2018, para tetamu akan menikmati pengalaman yang menyeronokkan dan kemudahan di atas kapal pelayaran mega Asia ke destinasi-destinasi menarik seperti di Jepun, Vietnam, Indonesia, Kemboja, Malaysia dan Thailand. Para tetamu, terutamanya kanak-kanak pastinya teruja dengan pelbagai aktiviti menarik bersama watak-watak filem kegemaran mereka dari Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation, termasuk peluang bersua-muka dan berinteraksi dengan watak-watak filem ini, aktiviti “Bedtime Stories”, pesta-pesta kostum dan banyak lagi aktiviti yang menarik.

Dream Cruises - HT3 Characters with Kids_1

Encik Thatcher Brown, Presiden Dream Cruises berkata, “Kami amat gembira dapat memperkayakan pengalaman para tetamu kita dengan watak-watak menarik dari filem Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation di atas kapal-kapal baru Dream Cruises – Genting Dream dan World Dream. Anak-anak kapal kami teruja untuk mengacara dan mempersembahkan watak-watak raksasa kegemaran ramai di atas kapal-kapal pelayaran Dream Cruises. Sebahagian besar usaha Dream Cruises untuk menambah-baik penyampaian perkhidmatannya adalah melalui penciptaan acara-acara hiburan yang hebat, inovatif dan kreatif. Tetamu kami akan menikmati keistimewaan untuk berinteraksi dengan watak-watak kegemaran mereka semasa pelayaran mereka.”

“Pengembaraan watak-watak raksasa dalam filem Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation itu bermula dari percutian sekeluarga mereka di atas kapal pelayaran. Para penonton di serata dunia pastinya akan mendapat inspirasi dari filem animasi ini untuk turut menyertai satu percutian pelayaran di atas kapal bersama keluarga tersayang mereka, ini mejadikan Dream Cruises sebagai rakan kongsi yang amat sesuai untuk Hotel Transylvania 3”, kata Jeffrey Godsick – Naib Presiden Eksekutif, Strategi Jenama dan Perkongsian Global, Sony Pictures Entertainment.

Peminat-peminat setia siri filem Hotel Transylvania akan dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang menarik dan interaktif semasa percutian pelayaran di Kem Aktiviti “Monster-in-Training” di atas kapal-kapal Dream Cruises – termasuk sesi bersua-muka dengan watak-watak filem, pencarian harta karun “Monster Treasure Hunt”, aktiviti “Dracula Zipline”, pertandingan minum “Blobby Milkshake”, pesta kostum “Monster” dan “Bedtime Stories” bersama watak Drac. Selain itu, para tetamu turut boleh menyertai tayangan marathon istimewa filem-filem Hotel Transylvania 1 & 2.

Dream Cruises - Drac _ Murray_3

Dream Cruises x Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation

Genting Dream
Berlepas dari Singapura: Sekarang – 31 Ogos 2018

• 5-Malam Singapura – Pulau Redang – Ko Samui – Bangkok – Singapura (berlepas pada hari Ahad)
• 5-Malam Singapura – Pulau Redang – Sihanoukville – Bangkok – Singapura (berlepas pada hari Ahad)
• 5-Malam Singapura – Surabaya – North Bali – Singapura (berlepas pada hari Ahad)
• 3-Malam Singapura – Phuket – Singapura (berlepas pada hari Ahad)
• 2-Malam Singapura – Kuala Lumpur – Singapura (berlepas pada hari Rabu)
• 2-Malam Pelayaran Hujung Minggu (berlepas pada hari Jumaat)

World Dream
Berlepas dari Hong Kong / Nansha, Guangzhou: 29 Jun – 31 Ogos 2018

• 5-Malam Hong Kong / Nansha – Naha – Miyakojima – Hong Kong / Nansha (berlepas pada hari Ahad)
• 5-Malam Hong Kong / Nansha – Da Nang – Ha Long Bay – Hong Kong / Nansha (berlepas pada hari Ahad)
• 5-Malam Hong Kong / Nansha – Nha Trang – Da Nang – Hong Kong / Nansha (berlepas pada hari Ahad)
• 2-Malam Pelayaran Hujung Minggu (berlepas pada hari Jumaat)

Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation tayangan di pawagam Malaysia bermula dari Julai 19, 2018

Sony Pictures Animation kembali dalam musim ini dengan Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation bersama Drac dan keluarga ‘monster’ kegemaran ramai dengan percutian di atas kapal pelayaran mewah. Dalam filem ini, percutian mereka berjalan lancar dan seronok dengan pelbagai aktiviti di atas kapal pelayaran. Tetapi semuanya berubah apabila Mavis menyedari Drac telah jatuh cinta dengan kapten kapal, Ericka, yang memegang rahsia misteri yang mengancam mereka semua. Filem ini diarahkan oleh Genndy Tartakovsky, ditulis oleh Genndy Tartakovsky dan Michael McCullers, dan diterbitkan oleh Michelle Murdocca.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dream Cruises, sila layari laman web dreamcruiseline.com dan halaman Facebook Dream Cruises.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peluang Menangi Tiket VIP Konsert Wanna One 

Alvin Chong Berduet dengan Penyanyi Filipina Isabela Vinzon