in

Gema Gegar Impian Tema Pentas Separuh Akhir Gema Gegar Vaganza

Adeep Nahar terus cemerlang di pentas Gema Gegar Vaganza (GGV) apabila meraih semula kedudukan juara carta setelah berada di tangga kedua selama dua minggu berturut-turut. Menyampaikan lagu Untukmu Ibu bersama penyanyi asal, Mamat Exist, beliau menyentuh hati penonton dengan persembahan dengan penuh syahdu sehingga juri tetap Oki Setiana Dewi mengalirkan air mata.

Gema Gegar Impian

Awi Rafael pula bangkit membuktikan kehebatan beliau di pentas apabila mendaki tempat kedua dalam carta undian selepas kali terakhir berada di kedudukan tiga teratas adalah pada persembahan minggu pertama. Mengekori rapat, Fitri Haris yang menerima pujian daripada juri apabila suaranya dengan rakan duet, Lan Solo, berjaya membuatkan persembahan lagu Hati Emas sebuah persembahan yang unik dan menarik.

Dengan peratusan sebanyak 62.67%, kumpulan Devotees merupakan bintang yang berada di kedudukan tercorot. Namun, nasib menyebelahi mereka apabila pengacara program, Siti Nordiana, Fikry Ibrahim dan Fakhrul UNIC mengumumkan tiada penyingkiran pada minggu lalu. Dengan itu, kesemua lapan bintang GGV layak untuk beraksi di pentas separuh akhir pada minggu ini yang bertemakan ‘Gema Gegar Impian’.

Dua lagu daripada kumpulan lagenda KRU bakal dipersembahkan di pentas separuh akhir kelak oleh Adeep Nahar yang mendapat lagu Hingga Ke Jannah dan kumpulan Devotees yang mendapat lagu Perpisahan Terasing. Kumpulan InTeam pula bakal mempersembahkan lagu nyanyian kumpulan Wings, Semalam Yang Hangat manakala Fitri Haris pula mendapat tugasan lagu hit masa kini, Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi.

Pasangan adik beradik Helliza & Hazwani menyahut cabaran lagu Kau Di Hatiku nyanyian Datuk Zainal Abidin, begitu juga dengan kumpulan Brothers yang bakal menyampaikan lagu Pengasih nyanyian asal penyanyi Iwan. Lagu Peristiwa Subuh nyanyian Raihan diberikan kepada Awi Rafael dan kumpulan Mestica pula mendapat lagu Hikmah Kembara nyanyian Mirwana.

Siapakah diantara 8 bintang GGV ini yang berjaya menjadi finali Gema Gegar Vaganza musim kedua ini? Sama-sama kita saksikan kelak.

Siaran Langsung Konsert Gema Gegar Vaganza musim kedua (Minggu Separuh Akhir) akan berlangsung pada 5 Mei 2018 (Sabtu) di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa itu Grabcare Premiere Foundation?

Lenovo Malaysia Announces New Warranty Service