in ,

Gara-gara FYP Trending di TikTok, lagu Drama Band Kembali Tular

SEJAK aplikasi TikTok muncul, banyak lagu lama kembali tular sehingga menjadi siulan amai pada hari ini.

SEJAK aplikasi TikTok muncul, banyak lagu lama kembali tular sehingga menjadi siulan amai pada hari ini.

Tidak terlepas menjadi ‘mangsa’, lagu Biarkanlah nyanyian Drama Band kembali hangat dalam TikTok malah menjadi muzik latar bagi video trend golongan patah hati.

Biarkanlah juga disifatkan karya yang tidak akan luput dek zaman malah akan terus didengar setiap individu dalam fasa merawat luka atau ‘healing’.

“Dulu dengar biasa sahaja tetapi selepas tular, liriknya memang kena dengan jiwa yang sedang kecewa,”

– komen netizen.

Lucunya, ketika ramai hanya menggunakan muzik tersebut sebagai lagu latar, penyanyi, Leez Rosli dianggap juara trend tersebut kerana berpeluang mendengar nyanyian Biarkanlah depan mata. Semuanya kerana vokalis Drama Band, Epul Roza adalah suaminya.

“Leez menang, orang lain guna muzik je tetapi dia dapat satu kumpulan terus!. Ini baru betul guna ‘kabel’, memang terus sembuh luka dalam hati bila Drama Band nyanyi depan mata,” seloroh netizen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Jihad 5 Orang Selebriti Popular Sanggup Bergadai Harta Demi Palestin

Cara Yang Betul Untuk Menjaga Kesihatan Rambut Dengan Mini Hair Care