in

Gambar Sekitar Sidang Media Makan Malam Amal Dayang Nurfaizah

Pada 10 Februari 2010, Selasa, jam 3 petang lalu, satu majlis sidang media Makan Malam Amal Dayang Nurfaizah yang diadakan di Bangsar Seafood Garden Restaurant, Jalan Ara, Bangsar Baru, Kuala Lumpur.

Untuk info pembaca dan peminat Dayang Nurfaizah, Makan Malam Amal Dayang Nurfaizah akan diadakan pada 28 Mac ini di One Bangsar Seafood Restaurant, Jalan Ara, Bangsar Baru, Kuala Lumpur jam 8.00 malam.

Malam Amal ini dianjurkan oleh Majlis AIDS Malaysia menerusi badan khas iaitu Yayasan AIDS Malaysia mengambil inisiatif berkerjasama dengan One Bangsar Ballroom, Bangsar Seafood Garden Restaurant.

Ini bersempena dengan Hari Wanita Sedunia 2010 yang kebiasaannya disambut pada 8 Mac setiap tahun.

Majlis yang telah mendapat penajaan dari EMKAY Group ini adalah bagi mengumpul dana untuk membiayai rawatan, penjagaan dan program sokongan yang akan disalurkan kepada Rumah Perlindungan di Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuantan dan Kuala Lumpur khusus buat wanita dan kanak-kanak yang dijangkiti atau terjejas dengan HIV dan AIDS.

Majlis ini turut akan dirasmikan oleh Penaung Yayasan AIDS Malaysia, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Dah Jadi Dengan Tangan Ziana Zain?

Ziana Zain Buat Gimik Tangan Melecur Kena Air Panas?