in

Gambar Sekitar Pengambaran Video Klip Fobia Cinta Amanda Imani

Baru-baru ini, penyanyi Amanda Imani telah pun menyiapkan muzik video untuk lagu terbarunya, Fobia Cinta yang dicipta sendiri oleh beliau. Malah, Amanda Imani juga dengan berani menyahut cabaran untuk mengarah sendiri muzik video ini. Begitu juga dengan pemilihan konsep yang bertemakan zaman 1950, vintaj dan gothic. Ini merupakan projek pertama Amanda Imani yang melibatkan dirinya dalam semua segi dari A-Z. Kos pembikinan video klip ini dianggarkan dalam RM25ribu. Namun, Amanda berterima kasih kerana masih mendapat tajaan dari Bufori Motor Car Company (M) Sdn Bd, Sheisedo Malaysia, Ashley Wong @Kapas Dan Amore Rosso.

Antara kelainan, video muzik kali ini menampilkan artis pemain violin solo terkenal iaitu Dennis Lau. Ciptaan lagu sepenuhnya dari Amanda Imani dan ini adalah percubaan untuk melihat sejauh mana kreativiti beliau dapat diterima peminat. Selain itu, ada lebih 45 buah lagu yang sudah dicipta oleh Amanda yang masih disimpan dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Fobia Cinta (Single)
Komposer: Amanda Imani
Penulis Lirik: Amanda Imani
Music Video Director: Amanda Imani
Terbitan: Amanda Imani Productions
Dikeluarkan: September 2012

Amanda Imani akan Tamat Pengajian Di Akhir Tahun Di Bidang Bss Psychology & Communications Dari University Of Upper Iowa Dan Akan Meneruskan Karier Amanda Sepenuh Masa; Serta Mengambil Pengajian Dalam Bidang Penulisan Atau Muzik Production Di Masa Dekat Ini.

Gembira Dengan Sokongan Pentadbiran Kerajaan Dengan Sokongan Yang Mengalakkan Untuk Pengiat Seni.

Amanda Imani

Amanda Imani

Amanda Imani

Amanda Imani

Amanda Imani

Amanda Imani

Amanda Imani

Amanda Imani

Amanda Imani

Amanda Imani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Klip Terbaru Awi Rafael Asalkan Aku OK

Maxis Sumbang RM5.68Juta Biasiswa Kepada 27 Pelajar