in ,

Video Klip Terbaru Awi Rafael Asalkan Aku OK

AWI RAFAEL DENGAN KLIP VIDEO TERBARU – “ASALKAN AKU OK”

Awi Rafael yang cukup popular dengan hasil karyanya “Pulanglah” dan “Bila Aku Jatuh Cinta”, kini muncul lagi dengan single terbaru! Menyingkap kejayaan beliau sebelum ini, Awi Rafael telah berjaya mencuri perhatian peminat muzik tanah air apabila namanya tersenarai dalam pencalonan “Artis Baru Lelaki Popular” dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012! Bakat beliau yang begitu terserlah juga telah menarik minat pihak penganjur apabila beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjadi artis pembukaan kepada persembahan artis antarabangsa, Dashboard Confessional dan Jason Mraz.

Kini, setelah kejayaan single-single sebelum ini (“Pulanglah” dan “Bila Aku Jatuh Cinta”), Awi Rafael kini muncul dengan single terbaru bertajuk “Asalkan Aku OK”! Lagu yang berkisar tentang kehidupan ini berentak pop rock, sebuah genre yang menekankan elemen ‘catchy’ dan ‘ringan’. Keseluruhan lirik lagu ini kedengaran teratur dengan unsur positif yang diterapkan dalam jiwa pendengar.

Bersempena dengan lagu terbaru Awi Rafael, Warner Music Malaysia kini menghasilkan sebuah klip video yang mengadaptasi setiap sudut ceria lagu ini. Klip video ini adalah arahan Awi Rafael sendiri bersama Helmie Ezfar. Di bawah produksi PaintInMotion, pengambaran ini telah melibatkan beberapa lokasi sekitar Golden Palm Tree, Goldcoast Sepang. Hanis Suraya pula merupakan artis undangan yang dijemput khas selaku pasangan Awi Rafael dalam klip video ini. Seluruh solekan bagi pengambaran klip video ini adalah ditaja oleh Facekraft, manakala motor yang digunakan pula adalah jenis Royal Enfield, tajaan Big Bike Shop. Bagi menjayakan klip video ini juga, beberapa rakan artis telah dijemput khas termasuk Dimas (pemain keyboard Hujan) dan Ully (pemain gitar AWANBAND).

Khas buat peminat Awi Rafael, kini klip video “ASALKAN AKU OK” boleh ditonton menerusi laman Youtube rasmi Warner Music Malaysia!!

ASALKAN AKU OK
Senilagu & Senikata : Awi Rafael
Hakcipta Senilagu & Senikata : Morning Rocket Productions

Selamat pagi, selamat pagi aku ucapkan
Burung merpati bernyanyi di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Selamat petang, selamat petang aku ucapkan
Ooooh.. kanak-kanak kecil berlari di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba (dunia)

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah (dunia)

Hidup mewah tanpa berhutang
Hati bersih tak lupa sembahyang
Inilah kehidupan x2

Otak cergas tanpa menipu
Jangan marah-marah tak perlu begitu
Inilah kehidupan x2 hey yeah

Bagi anda yang ingin muat turun “Asalkan Aku OK” sebagai nada dering, anda boleh turuti arahan berikut. Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*269199# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*162574# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0163019 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*383038# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anna Maria As Opening Act Jonas Brothers Live In Malaysia

Gambar Sekitar Pengambaran Video Klip Fobia Cinta Amanda Imani