in

Gambar Sekitar Konsert MANIA Chaq Tersingkir

CHAQ PESERTA PERTAMA MENINGGALKAN GALAKSI MANIA
Kini masih tinggal 14 bintang berentap di atas pentas yang sama!

Sabtu lalu menyaksikan penyingkiran sulung bintang Mania; Chaq yang terpaksa meninggalkan Galaksi Mania apabila nasib tidak menyebelahi beliau kerana menerima undian SMS terendah sebanyak 4% setelah talian undian ditutup di akhir rancangan.

Chaq yang mendendangkan lagu berjudul Lelaki Seperti Aku nyanyian asal oleh Alif Satar merupakan peserta yang terpilih untuk diserap masuk menerusi undian Hot Seat secara online dan bernaung di bawah empayar Penerbit Muzik Aubrey Suwito.

kristal

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro; Encik Nizam Sani berkata, “Kami amat berpuas hati dengan mutu persembahan yang diberikan oleh kesemua 15 bintang yang berentap di Galaksi Mania. Ternyata bakat dan pengalaman yang mereka miliki sepanjang berkecimpung dalam industri seni memberi kelebihan dan keyakinan untuk mereka beraksi dengan penuh kreatif dan mantap di samping bimbingan yang diberikan oleh penerbit muzik masing-masing.

Walaupun baru sahaja empat minggu program ini bersiaran dan minggu lalu merupakan konsert pertama Mania, apa yang kami dapat simpulkan ialah setiap daripada bintang-bintang ini nampaknya sudah bersedia untuk memberikan persaingan sengit demi membuktikan kehebatan masing-masing sekaligus dinobatkan sebagai juara sulung Mania.

Selain itu, kami juga gembira dengan persembahan istimewa o leh artis antarabangsa kelahiran Lubnan iaitu Maher Zain yang menyerikan lagi Pentas Mania sewaktu konsert Sabtu lalu. Kehadiran beliau di Kuala Lumpur adalah bersempena dengan pelancaran album terbarunya yang berjudul Forgive Me. Nantikan lagi persembahan istimewa menarik daripada artis-artis jemputan lain di pentas Mania pada setiap minggu,” jelas Nizam.

chaq (elimination)

Chaq turut memberi komen, “Saya secara sejujurnya sudah bersedia daripada segi mental sekiranya saya terkeluar pada minggu lalu walaupun saya masih lagi mahu terus menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu yang boleh dipelajari sepanjang terlibat dalam program ini.

Walaupun undian SMS tidak menyebelahi saya pada kali ini, saya berasa lega kerana sekurang-kurangnya saya sudahpun berusaha membuat persediaan yang terbaik demi memberikan persembahan yang mantap sungguhpun lagu yang saya bawakan sewaktu konsert Sabtu lalu bukanlah sebenarnya jiwa ataupun “makanan” saya. Saya ambil ini sebagai cabaran dan terima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Astro khususnya produksi Mania yang telah memberikan peluang kepada saya untuk terlibat dengan program ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga, para peminat serta pengundi yang telah banyak menyokong perjalanan seni saya.

Selamat berjaya saya ucapkan kepada rakan-rakan lain yang masih meneruskan perjuangan di pentas Mania. Saya percaya program ini mampu menyerlahkan potensi setiap peserta sekaligus memeriahkan industri seni yang kiat membangun,” jelas Chaq lagi.

Sekarang masih tinggal empat belas [14] bintang yang akan terus berentap di Galaksi Mania untuk membuktikan bakat dan kebolehan menyanyi masing-masing sekaligus dinobatkan sebagai juara di kalangan yang terbaik.

Kini hanya tinggal Adira, Alyah, Jaclyn Victor dan Awi Rafael yang bernaung di bawah Empayar Aubrey Suwito. Manakala bintang-bintang di bawah naungan Empayar Dato’ M. Nasir adalah terdiri daripada Stacy, Ebi, Kumpulan Kristal, Shila Amzah dan Hazama serta Empayar Ahmad Dhani iaitu Atilia, Kumpulan Estranged, Akim, Hafiz dan Aril.

Program Mania menggunakan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang mana peserta dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.

Juara Mania bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM500, 000. Manakala naib juara dan tempat ketiga pula masing-masing akan memenangi RM300, 000 dan RM100, 000. Bukan itu sahaja, penerbit muzik yang berjaya membimbing mana-mana penyanyi di bawah pengawasannya sehingga dinobatkan sebagai juara juga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, 000.

Jangan lupa saksikan program Mania yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam secara serentak di saluran Astro Ria (104), Saluran HD (188) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV.

jaclyn victor

hafiz

shila amzah

chaq

akim

awi rafael

stacy

maher zain & aznil

estranged

adira

atilia

ebi

alyah

aril

hazama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ASTRO TUTOR TV SPM Memperkenalkan Gradz

Maxis Menang Anugerah di Anugerah PC.Com 2012