in

ASTRO TUTOR TV SPM Memperkenalkan Gradz

ASTRO TUTOR TV SPM MEMPERKENALKAN GRADZ
Rancangan-rancangan panduan untuk lepasan SPM

Keputusan SPM baru sahaja diumumkan dan ASTRO Tutor TV ingin mengucapkan tahniah kepada semua lepasan SPM di atas pencapaian mereka dalam peperiksaaan tahun lepas. Jadi kemanakah haluan adik-adik selepas ini? Perlukan sebarang jawapan dan panduan?

ASTRO Tutor TV SPM baru-baru ini memperkenalkan Gradz – sebuah siaran istimewa selama satu jam, yang menampilkan pelbagai informasi menarik tentang kerjaya serta program-program pengajian, khususnya untuk lepasan SPM. Antara paparan yang bakal disisipkan termasuk rancangan “Kerjaya Impian” yang membincangkan tentang pilihan pendidikan dan kerjaya, sekaligus memberikan contoh-contoh individu rakyat Malaysia yang berjaya dalam kerjaya impian mereka. Sementara itu, rancangan “Lepas SPM” pula akan memberikan panduan kepada para lepasan SPM dengan mengemukakan pilihan-pilihan yang bertepatan untuk pengajian, mahupun kerjaya yang sejajar dengan perwatakan dan kebolehan mereka. Tidak ketinggalan rancangan “Di Luar Sana”, program panduan kerjaya yang turut membantu para lepasan SPM untuk memilih pengajian yang sesuai berdasarkan cita-cita mereka. Selain itu, terdapat juga Get A Life – Cool Career, program mingguan yang memaparkan cabaran, isu-isu dan pilihan-pilihan hidup remaja, terutamanya berkaitan dengan pendidikan dan kerjaya.

Tutor TV Pix

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton kesemua program-program informasi ini dalam siaran istimewa Gradz, pada setiap hari Ahad dari pukul 11 pagi ke 12 tengahari, secara eksklusif di ASTRO Tutor TV SPM (Saluran 603). Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.astro.com.my/gradz atau www.facebook.com/GradzMalaysia

Berikutan kejayaan saluran ASTRO Tutor TV UPSR, kedua-dua saluran ASTRO Tutor TV PMR dan ASTRO Tutor TV SPM telah diperkenalkan pada tahun lepas sebagai sebuah saluran ulangkaji ketika peperiksaan PMR dan SPM sahaja. Dalam masa sebulan setelah dilancarkan, kedua-dua saluran tersebut telah mencecah sejuta penonton secara keseluruhannya, serta mendapat lebih daripada 60,000 peminat di

laman social Facebook. Manakala, “PageView” untuk laman resmi kedua-dua saluran ini juga merupakan Top 2 (dua yang teratas) di kalangan laman kandungan ASTRO.

Oleh kerana permintaan yang semakin meningkat daripada para pelajar dan ibu bapa, pelanggan Astro kini boleh menonton kesemua saluran ASTRO Tutor TV termasuk UPSR (saluran 601), PMR (saluran 602) dan SPM (saluran 603) yang disiarkan selama 24 jam sehari sepanjang tahun.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua lepasan SPM 2011 bagi pencapaian mereka dalam peperiksaan tahun lepas. Astro sangat komited untuk memberikan peluang-peluang pendidikan berterusan dan berkualiti kepada para pelajar. Kami juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa ASTRO Tutor TV PMR dan SPM kini akan kekal sebagai saluran tetap di ASTRO serta NJOI, TV Satelit percuma pertama di Malaysia. Memang menjadi harapan dan aspirasi kami agar ASTRO Tutor TV akan terus membantu dan memberi panduan kepada para pelajar untuk mencapai kecermelangan dalam pelajaran dan peperiksaan mereka,” kata Ravi Gopal, Ketua Pendidikan ASTRO.

Pada tahun ini, saluran-saluran ASTRO Tutor TV yang terdiri daripada UPSR, PMR dan SPM kembali dengan wajah baru. Ini termasuk watak-watak baru serta kandungan pelajaran yang menarik dan menyeronokkan, sekali gus meningkatkan lagi proses pembelajaran secara keseluruhannya. Calon-calon peperiksaan UPSR, PMR dan SPM boleh memantapkan lagi penguasaan mereka dalam subjek-subjek teras seperti Bahasa Malaysia, Sejarah , Bahasa Inggeris dan Sains dengan adanya banyak tips berguna serta soalan-soalan model berdasarkan peperiksaan sebenar. Dengan adanya pilihan butang interaktif bewarna merah (Red Button), pelajar-pelajar juga boleh mengenalpasti dan memperbaiki kesalahan-kesalahan mereka, serta mendapat tips pembelajaran yang berharga.

Bersempena dengan pembaharuan ini, ASTRO Tutor TV juga dengan senang hati memperkenalkan sensasi YouTube, Najwa Latif dengan lagu hit nya “Cinta Muka Buku” yang digubah dengan lirik baru khas untuk saluran ASTRO Tutor TV. Peminat-peminat juga boleh menonton tayangan perdana video muzik terbaru Najwa pada 16 April, 2012 di saluran-saluran ASTRO Tutor TV.

Jadi pastikan anda membuat temujanji bersama ASTRO Tutor TV UPSR (saluran 601), PMR (saluran 602) dan SPM (saluran 603) untuk ulangkaji serba lengkap anda.

ASTRO Tutor TV UPSR, PMR dan SPM boleh ditontoni oleh semua pelanggan ASTRO serta semua sekolah-sekolah kerajaan. Layari www.tutortv.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang intisari, jadual dan acara-acara terlibat yang dianjurkan.

Untuk melanggan ASTRO hubungi ASTRO di 1300 82 3838 atau layari laman www.astro.com.my untuk maklumat lanjut.

Jay Ismail K.Impian1arz

Ahmad Nasri K.Impian1rz

NAJWA1

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

One Moment Can Make a Star Contest

Gambar Sekitar Konsert MANIA Chaq Tersingkir