in

Maxis Menang Anugerah di Anugerah PC.Com 2012

MAXIS MERANGKUL ANUGERAH SYARIKAT TELEKOMUNIKASI PASCABAYAR TERBAIK DAN ANUGERAH CSR TERBAIK PADA MALAM ANUGERAH PC.COM 2012

Maxis memenangi anugerah Syarikat Telekomunikasi Pascabayar Terbaik untuk tujuh tahun berturut-turut dan anugerah CSR Terbaik untuk kali ketiga berturut-turut di majlis anugerah tahunan PC.com.

Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu terunggul Malaysia, sekali lagi telah dinamakan pemenang anugerah Syarikat Telekomunikasi Pascabayar Terbaik dan CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) Terbaik di Malam Anugerah PC.com 2012.

Anugerah Syarikat Telekomunikasi Pascabayar Terbaik telah disampaikan kepada Maxis untuk tujuh tahun berturut-turut, manakala anugerah CSR Terbaik pula untuk tahun ketiga berturut-turut. Kedua-dua anugerah tersebut telah diterima oleh Jeff Chong, Naib Presiden Produk Mobiliti dan Perkhidmatan Antarabangsa. Majlis anugerah tersebut telah diadakan di Hotel Furama di Bukit Bintang pada 29 Mac 2012.

maxis

“Kami amat berbangga diberi pengiktirafan ke atas dedikasi kami dalam memberi para pelanggan inovasi dalam kategori pascabayar. Kami percaya bahawa ini bermakna pelanggan kami gembira dan mempercayai bahawa Maxis menyediakan penyelesaian terbaik untuk pelbagai keperluan mereka.

Bagi pihak Maxis, kami berusaha untuk memastikan bahawa kami menyediakan para pelanggan kemudahan dan pilihan untuk menguruskan keperluan komunikasi mereka dengan berkesan. Pengiktirafan seumpama ini ialah satu pengesahan komitmen kami terhadap kepuasan pelanggan dan ia memberi inspirasi kepada kami untuk lebih berusaha dalam menjadi peneraju pasaran,” kata Jeff.

Maxis juga menerima Anugerah CSR Terbaik untuk kali ketiga berturut-turut pada majlis tersebut. Maxis sentiasa ingin menyediakan teknologi canggih dan berinovasi dalam memberikan nilai kepada ekonomi, masyarakat dan persekitaran di mana ia beroperasi. Maxis telah mengambil beberapa inisiatif untuk memperluaskan pendekatan tanggungjawab korporat dan menghubungkannya kepada objektif utama perniagaan. Khususnya, Syarikat telah membuat pelaburan yang besar dalam inisiatif pembangunan masyarakat yang berfokus kepada akses kepada teknologi untuk masyarakat terpinggir dengan harapan ia akan memberi impak yang positif dalam kehidupan mereka.

Pencapaian cemerlang Maxis yang konsisten ini telah diberi pengiktirafan berterusan oleh PC.com. Tahun lalu, selain daripada membawa pulang anugerah Syarikat Telekomunikasi Pascabayar Terbaik dan Anugerah CSR Terbaik, Maxis juga telah menang untuk pencapaian cemerlangnya dalam pelbagai kategori pada tahun 2010, iaitu Syarikat Telekomunikasi Pascabayar Terbaik, Kandungan Mudah Alih Terbaik, Antara 10 Jenama Terbaik dalam Kategori Teknologi dan Anugerah Khas CSR.

Malam anugerah PC.com yang terbaru ini merupakan majlis anugerah tahunan yang ke-12 yang diadakan oleh majalah tersebut. Ia memberi pengiktirafan kepada usaha dan penyelesaian inovatif syarikat-syarikat terbaik untuk perkakasan, perisian dan teknologi di Malaysia yang telah menyertakan produk mereka untuk dikaji pada tahun 2011.

Anugerah ini dianjurkan setiap tahun oleh PC.com, iaitu satu majalah tempatan. Majalah ini diuruskan oleh Run Publishing Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan swasta di Malaysia yang menghasilkan majalah dalam bidang ICT, perniagaan, dan kegiatan lapang.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan pascabayar Maxis dan promosi yang berkaitan, sila lawati http://www.maxis.com.my/personal/latest/index.asp. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Tanggungjawab Korporat Maxis, sila rujuk kepada http://www.maxis.com.my/peribadi/about_us/cr/commitment.asp

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Konsert MANIA Chaq Tersingkir

Wisata & 13 Hari Program Travelog Menarik Di RTM