in

Filem ADA APA DENGAN CINTA 2 Dah Kutip RM4Juta

Filem sekuel, Ada Apa Dengan Cinta (AADC) 2, terus mendapat sambutan hangat peminat apabila kutipannya mencecah RM4 juta di Malaysia dan Brunei.

Ditayangkan di 100 pawagam di kedua-dua negara, filem edaran Primeworks Distribution itu menampilkan bintang utama, Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra.

Menerusi senarai pecah panggung hujung minggu lalu, filem terbabit berada di tempat ketiga di belakang Captain America: Civil War dan sebuah filem Tamil, 24.

Di Malaysia, naskhah arahan Riri Riza itu mula ditayangkan sejak 28 April lalu. Ia adalah judul susulan kepada AADC, karya yang pernah mencipta fenomena 14 tahun lalu.

Selain mereka berdua, filem terbaharu ini juga masih mengekalkan pelakon asal lain seperti Sissy Priscillia, Adinia Wirasti dan Titi Kamal.

Filem yang diterbitkan Mira Lesmana menerusi Miles Productions itu turut menyaksikan babak cium antara Cinta dan Rangga dipotong bagi tayangannya di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Konsert KURNIA SLAM

Ada Sebab Anda Patut Menonton Filem JUDI-JUDI KING BOSS