in , ,

Festival Seni Hidup 2023 Serlahkan Keunikan Warisan Budaya Komuniti di LaLaport

Jom datang beramai-ramai ke acara Festival Seni Hidup@Living Arts Culture Festival (LACF) di LaLaport Bukit Bintang City Centre pada hujung minggu ini.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan Festival Seni Hidup@Living Arts Culture Festival (LACF) pada 20–22 Oktober 2023 bermula jam 10.00 pagi – 10.00 malam bertempat di LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC), Kuala Lumpur.

Pada tahun ini, LACF menampilkan penglibatan 13 negara iaitu Malaysia, Argentina, Azerbaijan, Belarus, Filipina, India, Indonesia, Kazakhstan, Mauritius, Mexico, Republik Arab Mesir, Sri Lanka dan Uzbekistan. Sebanyak 20 warisan budaya tidak ketara diketengahkan dengan 10 daripadanya tersenarai di bawah UNESCO seperti Mak Yong & Songket (Malaysia), Chhau (India), Tango (Argentina & Belarus), Sega Mauritius Tradisional (Mauritius), Azerbaijani Mugham (Azerbaijan), Megkhambagu (Filipina), Korkyt Ata (Kazakhstan), Lazgi & Bakhshi (Uzbekistan), dan kesenian dari Sri Lanka, Mexico, Indonesia dan Republik Arab Mesir.

Festival Seni Hidup 2023 Serlahkan Keunikan Warisan Budaya Tidak Ketara 13 Negara

Selain itu, para pengunjung boleh menyaksikan persembahan Sayau Moginum daripada etnik Tatana di Kuala Penyu, Sabah, dan juga Seladai daripada etnik Melanau di Sarawak yang buat julung-julung kalinya dipertontonkan di Semenanjung Malaysia. 

Festival Seni Hidup 2023 Serlahkan Keunikan Warisan Budaya Tidak Ketara 13 Negara

Selain itu, terdapat juga Piriang Injak Badarai dan Tapuak Gelembong (Republik Indonesia), Pensol iaitu sejenis seruling hidung oleh Orang Asli Semai dan Mek Mulung (Malaysia), Tarian Rakyat Mexico (Mexico), tarian Pooja dan Gajaga Wannama (Sri Lanka).

Anda semua pembaca budiman sekalian dijemput untuk menghadiri Festival Seni Hidup 2023 

Tarikh : 20 – 22 Oktober 2023 (Jumaat – Ahad)

Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : LaLaport Bukit Bintang City Centre

Majlis Pelancaran dan Persembahan Gala LACF & Lenggang Kebaya

Tarikh : 21 Oktober 2023 (Sabtu)

Masa : 3.00 petang – 5.00 petang

Tempat : Atrium Utama, LaLaport Bukit Bintang City Centre

Berikut adalah atur cara untuk makluman dan rujukan 

ATUR CARA MAJLIS PELANCARAN FESTIVAL SENI HIDUP @LIVING ARTS CULTURE

FESTIVAL 2023

21 OKTOBER 2023 (SABTU) | ATRIUM UTAMA, LALAPORT BUKIT BINTANG

CITY CENTRE

2.00 petang : Ketibaan penonton

2.30 petang : Pra persembahan oleh pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM

2.45 petang : Ketibaan YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris Ketua Pengarah

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

2.50 petang : Ketibaan YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman

Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

3.00 petang : Nyanyian lagu “Negaraku”

3.05 petang : Persembahan pembukaan “Bertabuh”

3.10 petang : Ucapan alu-aluan Ybhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman

3.15 petang : Majlis Pelancaran LACF 2023

Penyerahan “Rotan Bilah Tujuh” kepada Putera Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mara sebagai simbolik bermula jelajah LACF 2023

3.18 petang : Persembahan khas LACF 2023

4.40 petang : Finale “Joget” dan sesi bergambar

4.45 petang : Majlis rasmi dijangka tamat

Lawatan ke Marketplace dan Hi Tea

Interaktif Joget Lambak bersama peserta Lenggang Kebaya dan pengunjung

5.00 petang : Hi Tea

Festival Seni Hidup 2023 Serlahkan Keunikan Warisan Budaya Tidak Ketara 13 Negara
Festival Seni Hidup 2023 Serlahkan Keunikan Warisan Budaya Tidak Ketara 13 Negara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Dokumentari MAN ON THE RUN Angkat Kisah Pendedahan Skandal 1MDB

Lagu Insan & Bunga Bawa Tuah Buat Hisyam Juara Bintang Klasik 2023