in , ,

Lagu Insan & Bunga Bawa Tuah Buat Hisyam Juara Bintang Klasik 2023

Insan Dan Bunga, Dendangan Laguku Bawa Tuah Kepada Hisyam, Juara Bintang Klasik 2023

Kelunakan suara dan penyampaian penuh penghayatan membawakan lagu berjudul Insan Dan Bunga yang pernah dipopularkan oleh Tiar Ramon serta Dendangan Laguku (Carefree) melayakkan sitara Hisyam diangkat sebagai juara Malam Kemuncak Bintang Klasik 2023, pada acara yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PIC 12 - SITARA HISYAM MENJUARAI BINTANG KLASIK 2023
Sitara Hisyam Menjuarai Bintang Klasik 2023

Hisyam atau nama penuhnya Muhammad Hisyam Abdul Rahim, 22, membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 berserta sebuah motorsikal. Naib juara pula menjadi milik Firdaos Azzahan, 29; yang membawa pulang wang tunai RM20,000 manakala Siti Nur Nadia Mohd Rozi, 29; menduduki tempat ke-3 yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000. 

Persembahan Terbaik pula menjadi milik Mohd Kasmir Mahalil, 25; yang memenangi hadiah wang tunai RM4,000. 

PIC 4 - Persembahan Sitara Hisyam cukup memikat hati Juri dan dinobatkan Juara Bintang Klasik 2023
Persembahan Sitara Hisyam cukup memikat hati Juri dan dinobatkan Juara Bintang Klasik 2023

Pertandingan akhir ini diadili oleh juri profesional Datuk Wah Idris; Datuk S. Atan dan Manan Ngah serta Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri. 

PIC 5 - Sitara Kasmir dari Sabah memenangi Persembahan Terbaik dan Tempat Ke-5 pi pentas akhir Bintang Klasik
Sitara Kasmir dari Sabah memenangi Persembahan Terbaik dan Tempat Ke-5 pi pentas akhir Bintang Klasik
PIC 6 - Sitara Nadia memenagi tempat ke-3
Sitara Nadia memenagi tempat ke-3

Dengan tema #MalamChemerlang, dua lagi sitara yang bersaing ialah Nur Atikah Mohd Yousof, 25; dan Muhammad Shahrul Ikmal Osman, 27.

Menggandingkan dua pengacara serasi, Khir Rahman dan juruhebah Radio Klasik, Nadeeya Ahmad, pertandingan ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis jemputan seperti Datuk Jefrydin, Azlina Aziz, Wann dan Raja Ema, selain penampilan dua Juara Bintang Klasik edisi lalu, Anas Farhan dan Shazreen Shaharom.

PIC 2 - Pengacara Khir Rahman dan Nadeeya dari Radio Klasik menghangatkan pentas
Pengacara Khir Rahman dan Nadeeya dari Radio Klasik menghangatkan pentas

HISYAM… PENGGEMAR LAGU KLASIK

Menurut sang juara, Hisyam kemenangan ini menjadi titik permulaan baginya untuk terus perjuangkan muzik klasik agar tidak luput dek zaman. Malah pemuda yang merupakan peserta termuda pertandingan akhir ini nyata berpuas hati dapat membuat persembahan terbaik dalam mendendangkan lagu-lagu klasik.

Didorong dengan minat terhadap genre lagu sebegini sejak kecil lagi, Hisyam berpendapat golongan muda seperti beliau perlu mengangkat lagu-lagu klasik itu supaya tidak tenggelam dek zaman.

Sementara itu bagi Pengurus Radio Klasik, Fathil Hidyat Ghazali menyifatkan kemenangan Hisyam pada malam Kemuncak Bintang Klasik 2023 sebagai tepat selain memberikan persaingan hebat kepada enam peserta lain. Beliau juga menyatakan pemilihan Hisyam sebagai juara adalah tepat kerana satu-satunya peserta tunggal mewakili Zon Timur itu memberikan bukan seratus peratus sebaliknya 200% dalam pertandingan ini sekaligus diangkat sebagai juara.

PIC 9 - Dato Jeffrydin turun menyumbangkan persembahan
Dato Jeffrydin turun menyumbangkan persembahan
PIC 8 - Persembahan istimewa dari Wann dengan lagu Bosanova
Persembahan istimewa dari Wann dengan lagu Bosanova
PIC 7 - Sitara Firdaus dinobatkan Naib Juara dengan persembahan yang mantap
PIC 10 - Persembahan istimewa dari Azlina Aziz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival Seni Hidup 2023 Serlahkan Keunikan Warisan Budaya Komuniti di LaLaport

Hrithik Roshan

Hrithik Roshan & Prabhu Deva di Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert