in , ,

Filem Dokumentari MAN ON THE RUN Angkat Kisah Pendedahan Skandal 1MDB

Sebuah dokumentari yang mendedahkan kisah benar yang mengejutkan tentang rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara,” menurut sinopsis filem

Tidak dinafikan skandal 1MDB antara yang kejadian yang bukan sahaja menggemparkan Malaysia, malah mendapat perhatian di seluruh dunia. 

Ia berikutan skandal kewangan ini melibatkan bekas pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak serta seorang individu yang sedang diburu iaiyu Jho Low. 

Offiicial Poster - MAN ON THE RUN

Melihat kepada tumpuan terhadap skandal berkenaan, maka sebuah filem dokumentari telah dihasilkan berjudul MAN ON THE RUN (MOTR). 

Filem Dokumentari MAN ON THE RUN Angkat Kisah Pendedahan Skandal 1MDB

Pengarahnya, Cassius Michael Kim berkata, dia tertarik untuk menghasil filem dokumentari ini kerana liputan yang cukup meluas terhadap kisah 1MDB ini. 

457601688

“Walapun ia mendapat liputan yang meluas, namun masih ramai lagi yang tidak tahu tentang perjalanan sebenar mengenai skandal ini dengan lebih mendalam. 

“Jadi, filem ini akan memberi penerangan terhadap apa yang berlaku, terutama sekali untuk mereka yang mengikuti perkembangan kes ini,” ujarnya. 

6. Najib Razak - former PM

MOTR mendedahkan kisah benar yang mengejutkan tentang rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara. Ia turut membabitkan Jho Low, seorang ahli perniagaan misteri serta playboy dengan merancang mengeksploitasi dana kekayaan Malaysia menerusi apa yang diketahui umum sebagai 1MDB. 

Dengan kerjasama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, Low dipercayai menyalurkan berbilion-bilion duit ke dalam akaun bank global untuk memupuk gaya hidupnya yang mewah, termasuk pesta Hollywood dan bahkan membiayai pembikinan filem The Wolf Of Wall Street

MOT_behind the scenes 1

‘Penyelidikan’ yang dilakukan oleh Cassius Michael Kim ini membongkar rangkaian rasuah serta mendedahkan kesan mendalam skandal kewangan yang besar ini. 

Menurut Cassius, antara yang menarik dalam MOTR ini apabila pihaknya dapat membuat temu bual dengan individu serta pihak yang mempunyai hubung kait dengan kisah 1MDB ini. 

3. Xavier Justo

Bagaimanapun, dia tidak menafikan terdapat cuba cabaran apabila ada segelintir yang tidak mahu ditemu bual untuk menjayakan filem dokumentari ini atas sebab-sebab tertentu. 

“Apa yang paling menarik perhatian apabila kami dapat membuat temu bual dengan individu terdekat yang dikaitkan dengan skandal ini iaitu Datuk Seri Najib sendiri. 

“Sepanjang wawancara bersamanya, saya akui cukup kagum dengan keupayaannya untuk menjawab setiap soalan yang diberikan,” jelasnya. 

454576483

Pada masa sama, Cassius yang juga penerbit eksekutif berharap agar MOTR dapat memberi penerangan kepada orang ramai terhadap keburukan yang berlaku kesan terhadap skandal tersebut. 

“Mengenai Jho Low pula, saya juga mengharapkan agar dia akan dibawa ke muka pengadilan suatu hari nanti. Cuma mungkin ia agak sukar dan khabarnya dia kini sedang berada di Macau atau China. 

“Sudah tentu saya sangat berminat untuk membuat wawancara dengannya jika saya ada peluang untuk berbuat demikian,” jelasnya. 

MOTR_behind the scenes 2

Filem dokumentari MOTR akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 19 OKTOBER 2023. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAGICA Events Kini Dibuka di PICC Putrajaya Bertema Winter & Autumn

Festival Seni Hidup 2023 Serlahkan Keunikan Warisan Budaya Komuniti di LaLaport