in

Fasha Sandha Selamat Lahirkan Anak Pertama

[dropcap]S[/dropcap]yukur alhamdulilah, pelakon terkenal Fasha Sandha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 29 tahun,akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 9.21 pagi Isnin lalu iaitu pada 15 April 2013. Pastinya ini adalah berita paling mengembirakan bagi pasangan Fasha dan Jejai. Tahniah Budiey ucapkan kepada pasangan selebriti ini. Tengok pada gambar kat bawah ni, bayi Fasha sebijik dengan ibunya. Comel, putih kulitnya.

Fasha Baby

Suami kepada aktres itu, Rizal Ashram turut mengesahkan berita berkenaan di laman Twitternya dan melahirkan rasa syukur atas kelahiran tersebut.

“Bayi lelaki telah dilahirkan. Seorang lagi untuk keluarga kecil kami. Isteri dalam keadaan baik. Alhamdulillah syukur kepada Allah,” tulisnya dalam satu entri di Twitter.

Fasha-Sandha-Selamat-Lahirkan-Bayi-Lelaki

Entri Rizal di Twitter tentang kelahiran bayinya.

Memetik kata-kata Fasha dalam Harian Metro:

“Inilah saat terindah dalam hidup kami berdua dengan menyambut kelahiran anak sulung yang melengkapkan lagi rumah tangga kami. Saya bersyukur dan berterima kasih atas segala doa yang memudahkan proses kelahiran ini.”

Bayi yang dinamakan Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram lahir melalui pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.

Fasha yang ditemani suami, ahli perniagaan juga pelumba kereta, Toh Muda Rizal Ashram Ramli itu bagaimanapun tidak mampu mengulas lanjut kerana keadaannya yang masih lemah di hospital.

Rizal mengesahkan berita gembira itu dan menyifatkan segala-galanya berjalan lancar.

Foto

“Saya bersyukur saat melihat Rayfal sempurna dilahirkan dan isteri juga selamat.

Fasha dan Rizal berkahwin dalam satu majlis sederhana pada 27 April tahun lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.

Rizal atau lebih mesra dengan sapaan Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia empat tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bandi Amuk & Ayai Ilusi Jadi Duta Kempen BN Parlimen JB

Neelofa Nafi Gosip Bercinta Dengan Hans Untuk Laris Filem