Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , , ,

Fasha Sandha Kongsi Foto Aisha Amaira Pada Usia Dua Minggu

Pelakon popular, Fasha Sandha berkongsi foto anak bongsunya, Aisha Amaira yang memasuki usia dua minggu hari ini. Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram milik Fasha.

Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan ini juga sempat meluahkan rasa gembira kerana anaknya itu membesar dengan baik sejak dilahirkan pada 7 Ogos lalu.

Fasha Sandha Kongsi Foto Aisha Amaira Pada Usia Dua Minggu

“Assalamualaikum kesayangan ibu, hari ini Aisha dah dua minggu, Aisha membesar dengan jayanya kan, terima kasih susu ibu.

“Hari ini ibu rajin, jadi photographer untuk Aisha, pandai kan ibu Aisha jadi photographer,” tulis Fasha sebagai kapsyen

Entri tersebut semestinya menarik perhatian wargamaya yang ‘jatuh hati’ dengan kecomelan Aisha.

Rata-rata mereka turut mendoakan agar Aisha membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version