in ,

Apa Pula Yang Syamel Nak Luah dalam Lagu BIAR CINTA?

Juara Duo Star 2016 yang baharu sahaja pulang dari mengadakan peresembahan di Chengdu, China mewakili Malaysia pada ABU TV Song Festival 2017 dan naib juara Akademi Fantasia 2015, Syamel Aqmal Mohammad Fodzly, 24, atau lebih mesra dengan panggilan Syamel kembali menyemarakkan persada muzik tanahair selepas kejayaan memberangsangkan single pertama ‘Hidup Dalam Mati’ dengan tontonan melebihi 15 juta di laman sesawang YouTube dan diikuti dengan single ‘Lebih Sempurna’ dengan 3 juta tontonan dan single ‘Aku Cinta’ duet bersama Ernie Zakri dengan tontonan hampir 6 juta.

Luahan Hati Syamel Dalam BIAR CINTA

Kini, lebih bersemangat dan yakin, Syameel kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Biar Cinta’ hasil ciptaan bersama komposer dan penerbit disegani negara, Edry Abdul Halim.

Bintang naib juara Akademi Fantasia 2015 ini kian menyerlah sejurus berakhirnya rancangan realiti TV tersebut di mana bakat beliau bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga sebagai komposer mula diberi perhatian dan lagu-lagu ciptaan beliau sentiasa menjadi hit di corong-corong radio seluruh negara dengan permintaan yang tinggi dan paling membanggakan apabila lagu ‘Aku Cinta’ bakal berentap di pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-32 yang penuh berprestij pada tahun hadapan.

Juara Duo Star Kembali Menyemarakkan Persada Muzik Tanahair Dengan Single Terbaharu

Vokal lantang yang dimiliki Syamel sememangnya menjadi trademark beliau sejak mula diperkenalkan melalui Akademi Fantasia 2015 dan pada single-single terdahulu, Syameel seperti menyuntik ‘roh’ ke dalam setiap lagu dan ia terasa seakan ‘hidup’ apabila dinyanyikan oleh beliau sewaktu membuat persemabahan.

“’Biar Cinta’ merupakan single saya yang terbaru di mana ia menceritakan tentang perasaan seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya tetapi telah melukai hatinya kerana sifat ego dan mementingkan diri sendiri dan teman wanitanya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

Saya amat teruja kerana sekali lagi diberi peluang dan kepercayaan untuk menghasilkan dan merakamkan single ‘Biar Cinta’ hasil ciptaan saya sendiri dan mendapat bantuan profesional daripada penerbit terkenal tanahair iaitu saudara Edry Abdul Halim. Banyak yang telah saya pelajari apabila bekerjasama dengan beliau dan pengalaman yang ditimba sangat berharga. Hasilnya, sempurnalah ‘Biar Cinta’ istimewa buat peminat-peminat saya di luar sana,” jelas Syamel.

Menurut Adam Lobo, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

“Syamel, walaupun baru di dalam industri muzik Malaysia, tetapi saya percaya dengan bakat yang beliau ada dalam mencipta muziknya tersendiri. Baru-baru ini beliau telah diundang untuk membuat persembahan di China bagi mewakili Malaysia. Itu terbukti yang muzik beliau boleh diterima ramai. Karekter diri beliau yang bersahaja, kelakar dan mudah didekati turut menjadi penyumbang kepada kejayaan beliau pada hari ini. Jadi saya berharap ‘Biar Cinta’ ini akan mendapat tempat di hati semua pencinta muzik”.

Lagu ‘Biar Cinta’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Biar Cinta’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Syamel

LIRIK LAGU BIAR CINTA

Artis : Syamel
Tajuk : Biar Cinta
Komposer : Syamel
Lirik : Syamel

Kisah Bermula
Saat Kau Melangkah Jauh
Terdiam Aku Sedar, Engkaulah Permata

Dulu Kau Cinta,
Kabur Mata Tak Peduli
Dan Bila Ku Mencari, Diriku Kau Benci

Ku Sedar Diriku Berdosa,
Dirimu Tidak Ku Menjaga,
Hadirkanlah Kemaafan Di Hatimu,

Manakan Mampu Kau Menanggung,
Di Saat Tangismu Selalu,
Tiada Aku Ketika Itu

[Chorus]

Biar Cinta
Pergi Dari Diriku
Tersiksanya Jiwaku

Biar Cinta,
Pertemukan Dirimu,
Permata Yang Kan Menyinar Hidupmu

Ooooh

Ku Sedar Diriku Berdosa,
Dirimu Tidak Ku Menjaga,
Hadirkanlah Kemaafan Di Hatimu,

Manakan Mampu Kau Menanggung,
Di Saat Tangismu Selalu,
Tiada Aku Ketika Itu,

[Chorus] x2

Syamel

Syamel

Syamel

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ampang Park Ditutup, Netizen Luah Perasaan Nostalgia dan Kecewa

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – INSIDIOUS: THE LAST KEY