in ,

Fairuz Misran, Klon Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Meninggal Dunia

Fairuz Misran yang cukup terkenal dengan perwatakan klon seniman negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dikhabarkan sudahpun meninggal dunia pada jam 1.30 tengahari tadi pada hari Jumaat.

Berita pemergian arwah cukup mengejutkan ramai pengikutnya dan disahkan abang arwah, Ruzaidi Misran di Facebook.

Innalillahiwainnahirojiun. Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan Alfatihah buat Allahyarham.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.

Setakat ini, punca pemergian arwah masih tidak didedahkan. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar roh arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bapa Anna Jobling Meninggal Dunia di UK Akibat Sakit Jantung

ABBY ABADI

“Siapa Bersumpah & Junjung Al-Quran Tu? Yang Pasti Bukan Pihak Kami,”